Semangat orang perempuan kalau bab menghias rumah memang lain macam. Kalau boleh semuanya ingin dibuat sendiri, baru puas hati ikut citarasa sendiri.

Begitu juga dalam hal menentukan warna dinding rumah dan seterusnya mengecat. Semuanya diy sendiri!

Bukan apa, bila minta tolong orang lain terasa lambat sangat boleh direalisasikan. Kena tunggu en suami ada masa lapang baru boleh buat.

Jika diserahkan pada pakar mengecat pula, upahnya mahal. Jadi nak tak nak, lebih baik buat sendiri.

Pun begitu, sebelum memulakan proses mengecat, ada baiknya baca perkongsian teknik mengecat paling asas yang dikongsikan ini agar hasil kerja kita nanti macam profesional.

Jom semak.


Saya perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yang didambakan..

Jadi, disini saya sebagai bekas pekerja kedai hardware yg menjadi dealer cat jotun ingin kongsikan beberapa tips basic mengecat.

Saya bukan pakar atau tukang cat, cuma tahu serba sedikit mengenai cat..

1) Mula-mula kena la pilih warna-warna pilihan anda. Warna yang sesuai dan sedap mata anda memandang (yelah rumah korang bukan rumah orang lain.. Orang lain tau nak kecam, kritik je kan ) .

Pilihan warna boleh dapatkan / dirujuk template warna daripada kedai2 cat berhampiran anda.

Pergi la ke kedai cat dan tengok lah betapa pening nya nak pilih colour (perempuan pakar bab2 ni.. Sebab dia akan bagi warna yang pelbagai tone, contohnya merah.. Ada merah anggur, merah cherry, merah mawar, merah jambu, merah hati segala mak bapak merah la which is yang orang lelaki panggil MERAH je..haha)boleh rujuk gambar contoh saya letak tu..

Bila Mak-mak Nak Mengecat Sendiri, Ambil Tahu Perkara Asas Ni. Walau First Time Tapi Jadi Pro!

IKLAN

2) Kene tahu nak cat dalam rumah atau luar rumah. Sebab cat dinding didatangkan dalam dua jenis biasanya. Untuk exterior (dinding luar) and interior (dinding dalam) paint.

Ini jugak penting terutama nak cat bahagian luar.. Kena pilih yg exterior sebab memang cat exterior direka khas untuk lebih tahan cuaca, air, dan tahan maki untuk jiran yang mulut puaka kata colour tu tak lawa..

3) Cat juga ada pelbagai gred and pelbagai pilihan, ada cat yang kurang bau, ada yang berbau hangit,berbau oren, ada yang berkilat ada yang tak berkilat dan kalau tak salah ada cat yang boleh sental balik kalau anak-anak conteng..

4) Cat pun ada pelbagai jenama, nippon, jotun, dulux and pelbagai lagi. Untuk saya, saya rekemen jotun la sebab sy kerja dengan jotun dulu..haha..tapi realitinya memang cat dari jenama Jotun menjadi pilihan hasil perkongsian daripada tukang2 cat, cat Jotun lebih berkualiti. Cat sekarang kebanyakkannya water based yang mana lebih mesra alam sekitar, lebih selamat dan senang tanggal kalau terpecik ke lantai ke apa ke..

5) SEALER/PRIMER (cat alas)
Yang ni bahagian yang penting dalam menentukan warna pilihan anda nanti jadi seperti yang diimpikan atau sama tone seperti dalam catalog yang anda tengok kat kedai masa beli tadi..

Sebelum anda cat rumah, lihat dahulu adakah disana terdapat keperluan untuk mengecat sealer terlebih dahulu sebelum anda terus cat colour base (cat warna pilihan anda). Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah which mean dinding memang kosong atau……… atauuuuuuuuu…..anda nak re-paint your dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat2 lama sudah tanggal dan menggelembung teruk.

Tapi anda haruslah buang semua cat2 lama terlebih  dahulu….kikis…gosok…barulah apply cat sealer.

Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit2 saja…tak perlu la menambah kerja yer. Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan mebuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding dan nampak lebih naik tona nya..

IKLAN

6) Kesilapan ramai orang ialah menjadikan cat warna putih sebagai cat sealer.. Its absolutely wrong la kata kak lina pom pom.. Cat sealer TAK SAMA dengan cat putih jadi alas..

Fungsi sealer adalah melindungi cat colour.. Kalau anda guna cat putih, dia kurang melindungi, dia curang..jadi colour yang anda nak jadi xseperti colour dlm code anda tgk atau akan jadi tompok2 putih..

Cat sealer warnanya memang putih, tapi tak seputih warna putih cat colour. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer tak kan bertukar menjadi putih pekat kerana fungsinya bukanlah sebagai cat base.

Jangan terkejut tengok dinding anda warna tak rata…bertampung-bertampung putihnya…itu biasa..kerana itu cat sealer. Biarkan benda tu.. Kerana sealer sebagai alas sahaja xperlu cantik2..

7) Selepas tu bila cat sealer dah kering (lebih kurang 2 jam) boleh la mula cat dengan warna pilihan anda.

Kacau terlebih dahulu…Ini juga bahagian penting untuk cat.. Biasanya jika cat tidak dikacau rata, atau tidak digoncang akan membuatkan colour sedikit lari atau membuatkan anda sukar untuk mengelek roller cat.. Boleh kacau pakai kayu ke…besi ke..

Seeloknya anda cari satu lagi bekas yg lain anda jadikan cat tu mcm “teh tarik”..barulah cat tu betul-betul bergaul atau bergelumang sesama sendiri.. ..

Tukang cat biasa akan guna teknik bancuhan teh tarik ni.. Untuk cat jotun, tak perlu tambah air untuk mengecat.. Tambah air hanya bila anda simpan cat itu dan nak cat balik kesesokkan harinya.. Itupon hanya letak sedikit air..

IKLAN

Jangan nak jimat sangat tambah air banyak nanti colour dah tak cantik, xpekat..

8)Teknik mengecat
Ramai org igt mengecat merupakan satu perkara yg senang.. Gelek2 roller nanti jadilah colour yang kita nak tu.. Makkkk kau.. Kalau senang camtu takkan tukang cat mintak upah mahal-mahal..

Bila Mak-mak Nak Mengecat Sendiri, Ambil Tahu Perkara Asas Ni. Walau First Time Tapi Jadi Pro!

Cat pon ade teknik-teknik dia.. Yang saya tau teknik yang senang dan berkesan ialah cat menggunakan teknik W atau M..Maksudnya arah gelekkan roller tu ikut bentuk huruf W atau M tu..

Bila Mak-mak Nak Mengecat Sendiri, Ambil Tahu Perkara Asas Ni. Walau First Time Tapi Jadi Pro!

Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata…tetapi jangan panik… Biarkan je…jangan salahkan skill cat anda…. tunggu sehingga lapisan pertama kering…dan mulakan dengan lapisan kedua. Cat sekarang cepat kering..mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air.

Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas lapisan cat kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda..taraaaaaaa (Tak sabar nak suruh jiran tengokkk gitewww perasaannya)

Ok.. rasa itu la dulu kot perkongsian serba sedikit yg saya tahu.. Sy bukan pakar, nnti ade yang tak betul boleh betulkan..

Saya bagi yang basic yang betul untuk cat.. Kalau dah guna kaedah ni, masih lagi cat  tak lawa dan tak rata tengok pulak bergantung kepada keadaan dinding, plaster dan sebagainya faktor lain ya..

Yang penting jangan guna CAT MURAH kalau untuk rumah sendiri.. Nak puas hati guna cat yg berkualiti macam jotun, nippon, deluxe.. Mahal sikit tapi memang berpuas hati..

Rujukan : (southpawska.blogspot),youtube.com, google.com, pengalaman sendiri..

sumber : Azlan Mohamad 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI