Tisu Tandas Habis Stok, ‘Mat Salleh’ Baru Sedar Kelebihan Guna Air Di Tandas.

Share

Sebagaimana yang kita tahu penularan virus bahaya ini, Covid-19 telah mengakibatkan segelintir membeli pelbagai  barangan keperluan dalam jumlah yang banyak. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di dunia, berlaku pembelian panik ini ia merangkumi seperti pembasmi kuman pembakaran, topeng muka dan tisu tandas sehingga mengakibatkan kehabisan stok.

Baru-baru ini, di negara barat tular seorang lelaki tua yang terperanjat di depan rak kosong pasaraya. Inilah impak yang kita hadapi sejak penularan wabak ini diseluruh dunia.

Dalam pada itu, sebuah portal diluar negara mula berbicara mengenai penggunaan air di tandas selepas isu kehabisan bekalan tisu tandas.

Menerusi fb Muhsin Zaidi    berkongsi kesedaran dikalangan rakyat Amerika kelebihan menggunakan air.

Ikuti perkongsiannya.

Bila orang Amerika baru perasan kelebihan guna air di tandas. Disebabkan covid, toilet  paper jadi isu serius, stok tak cukup.”

Antara komen disebuah portal luar negara.

Apa yang pasti, jaga kebersihan dan kerap basuh tangan untuk mencegah virus ini merebak dengan mudah.

Sumber: Muhsin Zaidi

IKLAN