Kenyataan di media baru-baru ini pastinya membuatkan kita sebagai ibu bapa berasa bimbang dengan penularan wabak influenza di sekolah-sekolah. Apatah lagi bila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri telah mengesahkan menerima laporan penutupan sekolah di beberapa negeri antaranya Pulau Pinang dan Selangor, apabila terdapat pelajarnya disahkan positif influenza A.
Oleh itu, adalah perlu untuk kita semua mengetahui cara pengawalan daripada terkena jangkitan influenza ini. Namun andai ada salah seorang daripada ahli keluarga telah terkena jangkitan ini, apa pula reaksi atau tindakan yang harus dilakukan? Sebaiknya ikuti saranan daripada doktor dan fahami beberapa perkara asas yang perlu dilakukan sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom semak.
Kit Cegah INFLUENZA di RUMAH/Taska/Tadika/Pra-Sekolah/Sekolah.
Anda ada anak yang terkena demam influenza? Risau anak lain juga terkena influenza?
Di sini kami senaraikan kit yang perlu ada untuk mengurangkan risiko anak anda daripada terkena jangkitan influenza di rumah dan juga boleh diamalkan di Taska/sekolah.
Kami senaraikan juga 5 perkara basic dalam pencegahan dan kawalan influenza
1) Penjagaan kebersihan diri
2) Amalan cuci tangan yang betul
Fahami teknik mencuci tangan dengan betul agar kita dapat mengelakkan daripada terkena jangkitan influenza. Ajarkan perkara ini pada anak-anak untuk praktiskannya selalu setiap kali mencuci tangan.
3) Penjagaan kebersihan persekitaran
4) Pemeriksaan/saringan pintu masuk
Sentiasa pantau dan lakukan pemeriksaan suhu badan seisi keluarga.
5) Disinfeksi dan nyakuman permukaan tercemar
Bersihkan seluruh kawasan rumah dengan campuran 1 bahagian bleach bersama 50 bahagian air. Setelah dicuci dengan campuran ini, biarkan ia mengering sendiri.
Moga bermanfaat.
sumber : Public Health Malaysia