Biskut Snow Nestum Tanpa Oven. Rangup, Tak Muak & Kaya Dengan Rasa Coklat!

Share

Pejam celik dah 7 hari kita berpuasa. Selalu kalau nak dekat raya nanti mak-mak lah paling sibuk untuk uruskan persiapan raya. Lebih-lebih lagi part kuih raya. Yang dah order dari awal, boleh tarik nafas lega dah! Yang mana aim nak buat sendiri je tahun ni, mesti tengah mencari-cari resipi yang simple dan sedap kan?

Haaa ni ada satu resepi biskut yang mudah dan semestinya sedap! Paling penting, siapa yang tiada oven pun boleh buat tau. Tak perlu lah nak membakar bagai! Menarik kan? Nak tahu buat macam mana, jom ikuti resipi dari Farrah Emylia ni!

Yang tak Ade oven pun boleh buat taw…. Tak perlu Bakar
SEDAP CRUNCHY & TAK MUAK walau kaya dengan salutan coklat 🤭
dah Cuba buat…? Kalau belum g la buat sekrang 🤣🤣

RESEPI SNOW NESTUM
500g Milk Coin (ape2 brand pun boleh)
500g Dark Coin (ape2 brand pun boleh)
500g Nestum

Untuk Hiasan/Salutan
Choc Compound 1kg
Coco butter 50g
bread crumbs

Cara-caranya:-

– Cairkan dulu coklat milk coin dan dark coin.

– Kemudian, masukkan nestum. Tutup api dan kacau sebati.

– Tuang dalam loyang & padat² kan dye terus potong ikut creativity anda

– Masukan dalam peti selama 30min. Keluarkan after 30min patah2 kan ikut line potongan tadi

– Cairkan choc compund dan coco butter guna kaedah double boil. Dah cair celup biskut tadi ke dalam coklat.

– Angkat dan salutkan pula dengan bread crumbs.

Lepas salut biar around 30min dekat luar baru masuk dalam balang. Siap! Selamat mencuba..

Sumber : Farrah Amylia

Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

 

IKLAN