Bonding time bersama keluarga, umumnya perkara ini sudah menjadi agenda utama yang sering difikirkan oleh ibu ayah untuk pastikan masa yang berkualiti dapat dimanfaat sebaik mungkin.

Sama ada menggunakan waktu lapang pada hujung minggu dengan keluar beriadah atau bercuti ke tempat menarik pada hari-hari tertentu, dengan tujuan mengeratkan hubungan bersama seisi keluarga. Diakui dengan bonding yang baik dapat meningkatkan kebahagiaan seluruh anggota keluarga.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Pun begitu dalam memberi keistimewaan mencipta bonding bersama anak-anak, En Mohd Yazid Ismail dan juga merupakan bapa kepada  enam orang anak  ini mempunyai caranya yang tersendiri.

Bonding One By One Dengan Anak. Cara Ayah Anak Enam Ni, Tarik Perhatian Netizen!

“Setiap tahun saya akan buat special bonding session dengan anak-anak secara one by one. Jalan-jalan berdua. Atau sekadar dinner berdua. Kadang dua kali setahun setiap orang,”tulisnya di akaun facebook hingga menarik perhatian wargamaya untuk mengetahui  kisahnya itu.

Berkongsi lanjut, En Mohd Yazid Ismail yang juga merupakan bapa kepada enam orang anak ini turut berkongsi sekeping gambar anak lelakinya yang sedang berdiri di dalam train.

Bonding One By One Dengan Anak. Cara Ayah Anak Enam Ni, Tarik Perhatian Netizen!

“Hari ni saya buat bonding session dengan Saeed, umur 5 tahun. Bawa jalan-jalan, naik Komuter lepas tu tukar naik MRT.

“Sesi bonding ada giliran untuk setiap anak. Semua tak sabar tunggu giliran masing-masing.

IKLAN

“Sebelum giliran Saeed hari ni, saya buat sesi dengan Dhia, lepas tu Fina. Bawa keluar mengopi dan makan kek waktu malam,” ceritanya lagi.

Ujarnya lagi sesi bonding secara one by one ini bukanlah perkara baru dilakukan olehnya. Malah telah lama dipraktikkan semenjak anak pertama lagi dan hinggalah kini.

“Saya memang buat sesi macam ni dengan anak-anak sejak anak sulung (Bashir) kecil lagi. Sekarang Bashir dah 14 tahun.

Bonding One By One Dengan Anak. Cara Ayah Anak Enam Ni, Tarik Perhatian Netizen!

“Bagus sesi macam ni. Anak-anak boleh buat luahan perasaan one by one. Borak lama-lama tanpa gap, macam-macam cerita keluar. Macam bercerita dengan kawan. Happy diorang.

“Anak rasa dirinya special, dihargai, dan ada orang yang sedia mendengar luahan perasaan yang lama terpendam. Kalau anak bawah umur 7 tahun macam Saeed ni, ia akan jadi sesi bertanya beribu-ribu soalan. Bersedialah goreng jawapan.

“Sesi bonding juga saya gunakan untuk bagi motivasi dan nasihat yang spesifik untuk setiap anak. Masing-masing ada perangai dan masalah yang berbeza, maka nasihat pun berbeza tak sama dengan adik beradik yang lain.

IKLAN

Saya pun rasa bahagia dapat keluar berdua macam ni. Rasa macam me time. Tenang je.

Meninjau di ruangan komen, nyata

“MasyaAllah TabarakAllah menarik…boleh cuba ni insha’Allah……biasa buat dengan mak diorang…,” komen salah seorang warganet.

Akui yang lain, “Sangat bagus. Saya dah 60 tahun dan masih ingat lagi bonding time saya dengan arwah abah saya.”

Begitu juga komen daripada seorang ibu,”Saya ada buat ni, dan biasanya tarikh tu jatuh pada birthday diorang. Tapi bagus buat kerap.”

“Sungguh, setelah bertahun2 anak sulung saya asyik dikelilingi adik-adik, masa darjah 6 saya keluar berdua saja dengan dia sebab nak buat IC dan masa tu PKP, cuma sorang penjaga saja boleh masuk. Dia punya seronok sampai ajak umi ni lumba lari dgn dia kat taman bawah JPN Putrajaya tu. Terus keluar perangai kebudak2an, selfie berdas-das. Sebenarnya kat rumah pun ada je ruang dan masa yg saya berdua dgn dia, tapi tak sama bila keluar berdua tu. Alhamdulillah.,” kongsi salah seorang ibu yang lain pula.

Sumber : Mohd Yazid Bin Ismail

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Bonding One By One Dengan Anak. Cara Ayah Anak Enam Ni, Tarik Perhatian Netizen!

 

Cuti sekolah hujung tahun ini  kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.

Bonding One By One Dengan Anak. Cara Ayah Anak Enam Ni, Tarik Perhatian Netizen!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI