“Boring Lockdown, Kita DIY Perangkap Cicak.” Siap Ada Umpan Lagi, Cara Lelaki Ini Raih Perhatian Warganet.

Share

Siapa sahaja yang tidak berasa geli apabila ternampak cicak yang tiba​-tiba menempel di dinding rumah! Lebih malang lagi apabila tiba-tiba jatuh dari syiling rumah. Mahu ada yang terpekik satu rumah!

Kehadiran cicak ini menggangu sehingga ada yang sanggup memasang perangkap untuk hapus kaloni ini.
Jika dahulu biasanya kita guna gam kasut atau gam gajah yang menjadi pilihan perangkap cicak. Kini ada cara yang mudah dan murah.

Menerusi perkongsian oleh Muhammad Sanusi ada penyelesiannya yang boleh jadi panduan.

Beliau hanya menggunakan tip mudah dan murah iaitu hanya kotak & double sided tape. Kos anggaran hanya RM2.00 ajer.

Hanya guna kotak & double sided tape.

Semalam jadi tukang tangkap cicak. Boring-boring lockdown, kita DIY perangkap cicak drpd kotak & double sided tape.

Ini caranya: 

Bahan & alat; keratan kotak & double sided tape saiz lebar, gunting


Umpan: nasi & cebisan ikan bilis (ada cadangan umpan yg lebih efektif utk cicak?)
Kos: lebih kurang RM2.
Letak perangkap di lokasi yg biasa jadi tempat cicak berkeliaran.
Hasil tangkapan dalam 2 gambar terakhir.

Potong kotak ikut size yg sesuai & mudah nak letak di lokasi

Double sided tape lagi lebar lagi bagus. Beli kat Mrdiy murah.. RM2 lebih

Dapat siapkan 8 set

Umpan nasi & ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.

Letak umpan kat tengah2 perangkap

Antara lokasi yg biasa cicak dijumpai

Hasil tangkapan malam pertama

 

Sumber: Muhammad Sanusi

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN