Buat Kerja Rumah Memang Penat, Tapi Itulah Lubuk Pahala!

Share

Yakinlah kerja rumah bagi seorang isteri memang tidak akan pernah siap. Ada sahaja yang perlu dibuat, dan semua ini sungguh memenatkan. Mengeluh panjang sekali sekala itu biasa, namun jika setiap waktu ada sahaja yang dirungut,  itu bukan dapat melegakan keletihan. Malah menambahkan beban semata-mata.

Namun alangkah tenang dan lapangnya hati kita sekiranya melihat daripada sisi berbeza.

Bukankah setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas pasti ada ganjarannya dariNya.

Sila baca juga, perkongsian daripada seorang isteri ini untuk sama-sama kita jadikan inspirasi bersama dalam menjalankan tanggunjawab sebagai isteri dan anak agar semua itu menjadi lubuk pahala.

Gambar hiasan

Buat kerja rumah memang penat. Tambah kalau kau kena hadap kerja-kerja tu 24 jam. Belum masuk lagi peel anak-anak yang dambakan perhatian kau. Allah, tak boleh berenggang lansung!

Mandi pun ala kadar, makan pun tak sempat nak kunyah sempurna. Dah serupa ular sawa, asal telan saja.

Percayalah, bukan kau seorang lalui benda ni. Semua ibu pun berdepan rasa yang sama. Letih, penat, takde me-time, serabai, bahkan kau lupakan juga kesihatan diri sendiri demi suami dan anak-anak.

Kalau kau pandang ini sebagai jalan untuk kau ke syurga, kau pasti akan senyum sampai telinga. Hilang penat dan lelah sebab kau tahu penat kau selama ini berpahala.

Setiap orang, jalan syurganya berbeza. Para ilmuan, jalan syurganya dengan menyebarkan ilmu. Banyak masa dihabiskan untuk berjumpa masyarakat dan sebarkan manfaat. Itu jalan dia. Kau jangan cemburu buta.

Sebab jalan syurga kau juga ada. Betul-betul di depan mata. Kalau menghadap karenah anak-anak pun kau dah merungut sebakul, cuba kau pandang semula mata anak-anak kau yang comel tu.

Mereka sihat! Cergas! Aktif! Kau nak bising apa? Kau nak tengok anak-anak kaku atas katil tak bergerak dengan wayar berselirat? Atau kau nak anak-anak cuma menelan susu tanpa dapat menjamah masakan kau yang sedap tu?

Gambar hiasan

Faham yang kau penat. Penat kau itulah lubuk pahala. Dah alang-alang penat, biarlah penat yang berpahala. Hati senang, jiwa ceria, insya-Allah tersedia pula tempat untuk kau di syurga.

 

Sumber : SriAjilahSamsir
Mengeluh sekali-sekala tu, biasa.

IKLAN