Buat Live Sambil Sidai Baju, Gelagat Syamel Walau Terkial Namun Dipuji Rajin Bantu Isteri!

Share

Alangkahnya indahnya sebuah rumahtangga jika suami isteri saling tolong menolong antara satu sama lain. Sama ada mengemas, memasak, membasuh, menyidai kain dan hinggalah menguruskan anak, semuanya dilakukan bersama-sama.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Hal yang sama juga dilakukan oleh pasangan suami isteri yang juga penyanyi terkenal, Syamel dan Ernie Zakri. Pasangan ini selain sering dilihat berkongsi tentang perjalanan karier, malah mereka juga tidak lokek menunjukkan realiti kehidupan mereka bersama peminat melalui platform media sosial.

Bahkan baru-baru ini satu perkongsian live di TikTok cukup  mencuri perhatian warganet. Dapat disaksikan Syamel ketika itu cuba membantu untuk buat kerja rumah dengan menyidai pakaian yang telah dicuci.

Namun apa yang lebih menariknya, telatah Syamel di dalam video itu yang asyik kerap bertanya kepada isterinya, Ernie Zakri dan cara penyanyi itu menyidai baju juga menjadi tumpuan peminatnya.

Bermula dengan tudung, Syamel sudah mula terkial-kial mencari cara untuk menyidainya. Malah pakaian yang seterusnya juga boleh tahan kelakar cara Syamel melakukan kerja tersebut.

Hasil tinjauan di ruangan komen pemilik akaun @sarangspider di dapati, rata-rata peminat Syamel turut memuji kerajinan seorang suami membantu isteri dalam membuat kerja rumah.

@sarangspider Yang kau sidai baju Jepun kenapa 🤣🤣 #Syamel ♬ original sound – sarangspider

ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!

Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

IKLAN