Buat Minyak Kunyit Atasi Kulit Yang Bermasalah Dan Kegatalan. Boleh Cuba Petua Ni!

Share

Kunyit adalah antara tanaman herba yang mempunyai banyak khasiat. Herba ini bukan sahaja banya digunakan sebagai bahan masakan tetapi juga digunakan untuk kecantikan dan awet muda.

Ada yang menggunakan kunyit untuk dibuat minuman untuk kembali langsing dan sebagainya.

Sebagaimana perkongsian ini, menggunakan kunyit sebagai bahan untuk mengatasi masalah kegatalan kulit seperti ekzema.

Ikuti perkongsian ini.

Minyak kunyit untuk kulit yang bermasalah.

Hari ni cuci dan tanam semula kunyit.
Dari rumah lama, kunyit memupuh, habis semua. Baru nak naik lain, terpaksa pindahkan, nak guna pasu besar bekas kunyit tu untuk anak pokok limau nipis.

Sedikit tips untuk orang yang ada sakit kulit.
Resepi ni dari mak. Zaman mak kecik-kecik dulu, mak guna minyak ni sapu pada kulit yang bermasalah.

Saya ada eczema, sejak dari sekolah lagi. Dulu teruk, sekarang dah okay, cuma tak sembuh sepenuh. Saya alah pada bahan kimia dalam kosmetik, bahan dalam sabun, pencuci. Sebab tu salah satu saya tak berani nak cuba-cuba produk kecantikan. Takut sejarah berulang masa alah teruk zaman sekolah. Sekarang saya baru nak cuba cara mak rawat penyakit kulit.

Bahan-bahanya:

Kunyit
Santan
Garam bukit

Cara-caranya:

Masak santan dengan kunyit sampai jadi minyak.

Rujuk gambar cara membuat minyak kunyit

Kunyit yang siap diubah ke dalam pasu lebih kecil.
Kunyit dan santan.
Tumbuk kunyit sampai lumat.
Macam ni.
Campurkan, dan masak.
Kacau-kacau.
Dah semakin pekat. Masak lagi sampai pecah minyak. Masa ni masuk garam bukit.
Mula nampak minyak dah.
Lagi banyak keluar minyak dia.
Tapiskan.
Kerak ni boleh buat sental badan.
Minyak kunyit siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Ilya Sazuani

 

IKLAN