Bila teringin hendak masak sup, bahan utama yang perlu dibeli mestilah rempahnya sama ada di jual dalam bentuk bunjut, serbuk mahu pun pes. Ramuan rempah yang enak akan memberi rasa yang sedap pada hidangan sup yang ingin disajikan. Maka tidak hairanlah, ibu-ibu akan menambah beberapa lagi rempah ratus untuk memberi rasa lebih menyegat pada sajian sup yang ingin dimasak.
Namun, alang-alang terpaksa menambah beberapa ramuan tersebut ada baiknya kita sendiri hasilkan ramuan rempah sup mengikut selera keluaga kita. Lagi pun, bukannya sukar untuk menyediakan rempah sup ini dan menariknya juga cukup menjimatkan dan memudahkan.
Apa tidaknya, sekali buat bahan rempah sudah boleh dijadikan stok berbulan-bulan lamanya.
Nak tahu apa resipinya? Nni dia telah dikongsikan oleh Mas Lieyana, jom semak.
HOMEMADE SOUP PASTE
“Kalau buat sup..saya lebih suka buat rempah sendiri..rasa lebih ummph gitu… Jimat woo…boleh tahan lama …simpan dlm fridge je…biasa buat boleh dpt 2. Bekas nutella…cuma kali ni upgrade sikit jadi bentuk kiub..comel gitu..haaa“- Mas Lieyana
Ads
REMPAH SUP HOMEMADE Bahan-bahan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil kfc lada hitam
1 sudu kecil kfc bunga cengkih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Ads
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam penapis teh.Kulit kayu manis diketuk2 terlebih dahulu untuk memudahkan mengisar. Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong. Basuh semua bahan.
2. Masukkan semua bahan dalam blender (pengisar), masukkan air kemudian kisar hingga halus. (Saya masuk minyak sikit) Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
Masukkan dalam sup anda mengikut anggaran dalam 1 atau dua sudu mengikut keperluan. Boleh masukkan secubit kas kas sedikit dalam sup anda untuk menyedapkan sup.
Masak Sup Cara saya
1. Tumis bawang merah/bawang besar,halia dan bawang putih yg dihiris nipis…kalau tumbuk dgn lesung lagi ummmph…tumis bawang sampai hampir kekeningan masukkan rempah dan kacau sampai rempah garing..jgn hangus sudah.Time ni paling best…aroma yang tak terkata…
2.Boleh masukkan dalam sup (rebusan ayam atau daging yg nk dibuat sup atau pun masukkan air dan kemudian masak sup ..dua2 pun best…
3.Pastu masak la sup ikut cara masing2
sumber : Mas Lieyana via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cukup padat dan jelas kupasan yang diberikan oleh Tuan Haji Ariffin Sabirin ini berkenaan status emas yang dihadiahkan oleh suami.
Jadi bolehlah dibaca untuk info bersama.
APAHAL PULAK SUAMI NAK TUNTUT HAK HARTA SEPENCARIAN KE ATAS BARANG KEMAS YANG TELAH DIHADIAHKAN KEPADA ISTERINYA ?
Soalan ini ditanya kepada saya. Pelik juga bunyinya. Kenapa pulak suami ni bersungguh-sungguh nak menuntut haknya ke atas barang kemas yang pada awalnya dia dah hadiahkan/hibahkan kepada isterinya? Mungkin masa beri barang kemas tu couple ni loving loving tapi sekarang dah hating hating kot. ish ish ish pelik2 orang sekarang ini.
Saya tidak tahu dari mana sumber soalan ini namun saya hanya akan ulas setakat pengetahuan saya sahaja. Mungkin ada pihak lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Kita meraikan pandangan semua pihak kerana isu ini ialah isu khilaf. Tiada jawapan betul atau salah.
SUAMI MEMBERI BARANG KEMAS KEPADA ISTERINYA.
Mengikut urf ( adat ) setempat di Malaysia, apabila suami memberikan barang kemas contoh gelang emas kepada isterinya, ia lebih bersifat ‘hadiah’ atau ‘hibah’.
Suami menghargai segala pengorbanan yang dibuat isterinya sepanjang perkahwinan ( ini hadiah) atau memberi gelang emas itu sebagai tanda kasih sayangnya kepada isteri ( ini hibah). Jadi bergantung kepada niat pemberian itu, ia menjadi hadiah atau hibah. Ke ada juga suami yang beri barang kemas kepada isteri dengan niat gelang emas itu milik bersama ? Tak kot…
Apabila kita memberi hadiah / hibah kepada isteri atau kepada sesiapapun , rasanya tidak wujud langsung sebarang niat dalam hati kita untuk menuntut semula hak kita ke atas hadiah / hibah itu.
Sifat ‘hadiah’ atau ‘hibah’ itu sendiri menunjukkan bahawa kita sebagai pemberinya sudah melepaskan hak kita ke atas barang kemas itu dan penerima hadiah atau penerima hibah itulah yang berhak 100% ke atas barang kemas itu.
Sangat jarang suami memberi gelang emas kepada isteri dengan niat untuk menuntut semula haknya ke atas gelang emas itu selepas isterinya mati atau mereka bercerai.
SUAMI BERI BARANG KEMAS KEPADA ISTERI SEBAGAI MANIFESTASI TANGGUNGJAWABNYA ?
Ada pandangan lain pula mengatakan tanggungjawab suami ialah untuk memberi nafkah kepada isterinya mengikut kemampuannya. Jadi apabila dia berkemampuan, dia membeli barang kemas berharga puluhan ribu RM dan menghadiahkan/menghibahkan barang kemas itu kepada isterinya. Itupun menjadi salah satu cara dia menafkahkan isterinya.
APA KEDUDUKAN JIKA SUAMI MEMBERI DUIT KEPADA ISTERI DAN ISTERI MEMBELI BARANG KEMAS MENGGUNAKAN DUIT ITU?
Tindakan suami memberi duit kepada isteri juga boleh jatuh di dalam dua kategori iaitu sama ada hadiah atau hibah. Maka ia adalah milik mutlak isteri. Ini bermakna apabila isteri membeli barang kemas menggunakan duit itu, barang kemas itu juga merupakan milik mutlak isteri.
SO BOLEH TAK SUAMI NAK MENUNTUT HAK HARTA SEPENCARIAN KE ATAS BARANG KEMAS ISTERINYA ?
Tuntutan harta sepencarian boleh dituntut dalam tiga keadaan iaitu iaitu apabila pasangan itu bercerai mati atau bercerai hidup atau apabila suami ingin berpoligami ( sudah berpolligami ).
Dalam kisah ini, suami yang ingin menuntut hak harta sepencarian terhadap barang kemas yang telah dihadiah/dihibahkan kepada isterinya. Ini bermakna tuntutan itu dibuat dalam keadaan sama ada pasangan ini bercerai mati atau bercerai hidup.
Saya merujuk kepada beberapa orang pakar dalam hukum syarak dan undang2 berkaitan harta sepencarian bagi mendapat jawapan kepada soalan yang ‘tricky’ ini.
Pada pandangan peribadi saya ( orang lain mungkin ada pandangan berbeza ), oleh kerana niat pemberian si suami pada asalnya ialah hadiah / hibah, maka agak sukar untuk suami menuntut hak harta sepencarian ke atas barang kemas yang telah diberinya kepada isteri.
Kecualilah jika wujud akad antara pasangan tadi yang mana suami menzahirkan bahawa barang kemas yang dibelinya itu boleh dipakai oleh isteri tetapi ia tetap milik bersama dan isteripun bersetuju dengan akad itu. ( Ada ke ?)
Kalau akad di atas tidak wujud, ia bermakna bila isteri mati, barang kemas itu menjadi harta pusaka yang berhak dituntut waris mengikut hukum faraid. Tetapi jika isteri semasa hidupnya / sebelum bercerai telah menghibahkan barang kemas itu kepada anak-anaknya dan suami yang tahu tentang hibah tersebut tiada apa-apa halangan isteri bertindak begitu, maka dia boleh dianggap telah melepaskan segala haknya ke atas barang kemas itu.
SO ISTERI YANG TERIMA BARANG KEMAS DARI SUAMI CEPAT2LAH HIBAHKAN KEPADA ANAK DAN BUATLAH HIBAH ITU DALAM KEADAAN SUAMI TAHU SUPAYA DIA TAK BOLEH TUNTUT HARTA SEPENCARIAN KE ATAS BARANG KEMAS ITU !
Apapun tiada halangan untuk suami tadi memfailkan tuntutan harta sepencarian ke atas barang kemas itu di Mahkamah Tinggi Syariah. Dia bolehlah berhujah bahawa niatnya memberikan barang kemas itu bukanlah sebagai hadiah / hibah. Biarlah Mahkamah Syariah memutuskan. Ini hanya pandangan peribadi saya yang mungkin salah.
HEI SI SUAMI …
Awatlah hang ni buruk siku sangat. Kalau dah hadiah / hibah gelang emas tu, dah serah hak kepada isteri sebagai penerima hadiah / hibah tu, maka habislah cerita. Yang hang nak dok tuntut lagi awat ? Loghatlah laki macam ni. Malulah wei….
Biasanya daun sup atau sayuran hijau lain mudah busuk dan layu. Tapi ada cara andai ibu-ibu mahu pastikan ia dapat tahan lebih lama. Kaedah ini dikongsi oleh pembaca dalam Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Langkahnya adalah seperti berikut;
1. Basuh bersih daun sup.
2. Racik daun sup lalu masukkan dalam bekas kiub ais.
3. Kemudian, tuang air hingga menenggelami daun sup.
4. Bekukan dalam peti sejuk menjadi kiub ais.
5. Apabila mahu digunakan untuk masakan sup ambil 2-3 kiub ais daun sup lalu masukkan ke dalam kuah sup yang sedang menggelegak.
Mudah kan, selamat mencuba.
Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di