Botok-botok adalah antara salah satu resipi tradisi bangsa Johor yang istimewa dan digemari ramai. Ada yang kata botok-botok seakan pais ikan tetapi sebenarnya sangatlah berbeza.
Pais ikan boleh dibakar tetapi botok-botok hanya dimasak dengan teknik kukus dan apa yang lebih menarik mengandungi ulam-ulaman kampung yang disatukan dengan ikan dan rempah ratus terpilih untuk menyedapkan rasa, dibungkus kemas di dalam daun pisang.
Buat anda yang teringin untuk mencuba rasa, bolehlah memasaknya sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Dee Hakim ini.
Menurutnya, “Kalau ikut resepi ni, pes dia bolehlah dapat dalam 5-6 bungkus botok-botok. Oklah kan, kalau fam kecil. Kalau nak banyak boleh gandakan bahannya ya.”
Bahan-bahan pes botok-botok:
Bawang merah besar 2 biji
Bawang merah kecil 3-4 biji
Bawang putih 5-6 ulas
Lada kering kisar (agak2 la ya)
Serai 2 batang
Kunyit
Halia
Lengkuas
Jintan manis 1 ½sb
Jintan putih 1 ½sb
Ketumbar 1½sb
(kisar semua di atas)
Rempah kari ikan
Kerisik
Santan
Asam Jawa
Ulam-ulaman:
Pucuk ubi, pucuk bebuas, daun selasih, daun cekur, pucuk mengkudu, daun kunyit, daun kaduk, pucuk betik, dan sebagainya.
(ni takde syarat, letak jelah daun yang korang boleh makan dan suka, sebab ada daun-daun yang pahit-pahit sikit kan.. time PKP ni pakai apa yang ada kat belakang rumah je)
* ni basuh bersih-bersih, kendian korang gunting.. kesian laki korang makan besar-besar pulak dedaunan tu.
Bahan utama:
Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol, udang (ikan tu ikut kesesuaian korang)
Cara Masak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Dah garing bahan kisar tu, masukkan serbuk kari ikan, tumis lagi.
3. Kendian masukkan kerisik, air asam jawa, tumis lagi macam biasa. (ok, part asam jawa tu agak-agak la, masa masak pes ni kena masam sikit sebab belum diserasikan dengan ikan lagi. Air ikan tu nanti akan balance kan rasa masam tu nanti, trust me.. ewah)
4. Last masukkan santan, garam, gula merah n bahan perasa. Siap!
Ads
Tibalah waktu penentuan, nak bungkus. Bahan yang korang perlukan ialah daun pisang. Kalau tak ada, pakai je aluminium foil tu.. agak-agak la ya saiz nak bungkus tu. Janji tak bocor udahlah.
1. Bentang daun pisang, susun ulam-ulaman, then letak pes atas daun tu, ratakan sikit-sikit, letak la ikan korang.
2. Tutup ikan dengan pes, lepas tu susun ulam-ulaman tu lagi.
3. Cara bungkus boleh ikut gambar tu, tp sebenarnya kena letak tali pinggang dia lepas bungkus tu supaya tak bocor. Tapi sebab daun pisang saya tak cukup, saya tak letak. Boleh guna lidi untuk ikat sapaya tak terbuka.
4. Ok, pergi kukus sekarang, agak-agak la 30min dah masak.
Korang kalau makan juicy, makan betul-betul lepas kukus. Memang sedap. Kalau dah sejuk nanti, akan jadi kering sikit pes tu. Mana-mana pun sedap kalau makan dengan nasi panas.
Biasa kita dengar orang dulu-dulu berpesan, jika tercekik tulang segera gumpal nasi menjadi sebesar bola pingpong dan telan. Biasanya ada yang berkesan dan tidak kurang juga seakan tidak berhasil untuk melegakan sakit akibat tercekik tulang.
Oleh itu, apa kata kita dengar nasihat daripada doktor untuk meyakinkan lagi tindakan yang sewajarnya perlu diambil bila berdepan dengan situasi tercekik tulang.
Nak tahu apakah tipsnya itu, hal ini dikongsikan oleh Dr Nik Hisyam, jom semak.
Siapa pernah tercekik tulang? Sakit kan? Siapa yang belum.. janganlah dok mintak pulak ye . Nauzubillah….
Macam-macam petua orang dulu-dulu. Betul tak?
Contohnya: Bomoh tulang, telan nasi putih, minum air garam, makan pisang, makan kacang dan banyak lagi.
Selama 15 tahun saya di bidang ENT ni, amat banyak kes tercekik tulang yang telah saya rawat. Alhamdulillah semua selamat dan sembuh.
Hari ini, mari saya kongsikan TIPS Kalau anda atau ahli Keluarga dan kenalan anda terkena “Tercekik Tulang”. Tak kisahlah tulang ikan ke, tulang ayam ke, tulang lembu or kambing ke….sama aje tipsnya…
Apakah TIPS NYA??
1. Jangan Panik
Okay, bila tercekik:
a) Sila berhenti makan walaupun makanan tu sedap atau mahal macam mana sekalipun…
b) Jangan cuba jolok-jolok dengan jari sebab takut tulang tu lagi tertusuk ke dalam dan menyukarkan doktor untuk kenal pasti lokasi sebenar tempat tulang itu terlekat.
c) Cari family or kawan bawa ke Klinik Pakar ENT yang berdekatan pada hari itu juga/segera
2. Jangan tunggu seminggu atau tulang tu hilang sendiri. Sebab tulang tak akan hilang
Pergilah ke hospital dengan segera, kalau tunggu lama-lama, takut bernanah atau tulang pindah ke tempat lain (migration).
Jangan main-main, tulang ni boleh berjalan tau! Ada yang tercucuk masuk ke kelenjar thyroid, paru-paru, pembuluh darah. Lagi parah! (Ini kisah benar, bukan main-main)
So kalau telan nasi atau pisang kemungkinan tulang tu tercucuk makin dalam (Nauzubillah..)
3. Jumpa Dr Pakar ENT
Ala.. tak nak susahkan Dr Pakar.. tercekik tulang sahaja.. tak nak lah!
a) Kenapa perlu jumpa ENT?
Kami perlu cari tulang ikan tersebut. Jika tulang terlekat pada bahagian atas tekak (kawasan tonsil) In shaa allah boleh terus cabut di klinik sahaja.
Jika tidak:
-perlu lakukan x-ray
-kami perlu guna scope/kamera kecil untuk tarik tulang tu keluar dan scope tu hanya ada di klinik ENT.
Selalunya bergantung kepada keadaan perlu atau tidak antibiotik dan ubat tahan sakit.
4. Selesai.. boleh sambung makan balik. insyaAllah.
Lepas ni, saya akan kongsikan pula tanda-tanda dan perasaan bila tercekik tulang..
In shaa Allah..
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama.
Dr Nik Hisyam
Doktor Pakar Resdung, Sinus dan Tekak Anda
SALAM Shah Alam Specialist Hospital
Seksyen 19, Shah Alam
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Resdubg merupakan sejenis penyakit terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Namun tidak semua masalah hidung disebabkan oleh resdung.
Sebagaimana perkongsian oleh Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Ezairy M.Sallih mengenai penyakit itu dikenali sebagai ‘rhinolith’.
Siapa sangka bau busuk dan hidung berdarah adalah disebabkan objek lain berada dalam hidung terlalu lama sehingga membentuk sebatian seperti batu rhinolith.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Pesakit saya ni berumur 23 tahun. Hidung kirinya selalu berdarah. Kadang-kadang tu hidungnya berbau. Busuk.
Bermacam-macam ubat sudah dicuba, masih tak elok. Masih berdarah dan berbau. Kadang-kadang saja, tetapi peliknya tak ada pula simptom resdung lain. Tak ada bersin-bersin, tak ada gatal hidung. Leher pun tak membengkak untuk kita suspect kanser. Semua macam biasa-biasa.
Saya periksa hidung beliau. Saya gunakan nasal endoscope bersama skrin tv, hidung kirinya sudah hampir tertutup. Ada kotoran hitam berbau di situ. Perlahan-lahan saya bersihkan hidung beliau, sehingga saya menjumpai sesuatu yang tidak saya sangka.
Kawan-kawan.. jika anda ada tanda dan gejala seperti ini, anda mungkin bukan mengalami resdung, ia juga mungkin bukan disebabkan kanser. Tetapi ia mungkin sejenis penyakit dipanggil sebagai ‘rhinolith’.
Apa itu rhinolith? Rhinolith ini berlaku di dalam hidung apabila sesuatu objek atau apa-apa pun foreign body duduk lama dalam hidung akhirnya akan membentuk sebatian seperti batu rhinolith. Pesakit akan mengalami gejala hidung berbau, mengeluarkan cecair, sesetengah kes boleh mengakibatkan jangkitan!
Semoga ada manfaat daripada kisah pendek ini.
Dr Ezairy M.Sallih Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak Surgeri Kepala & Leher
Nota gambar : ini merupakan objek yang ada dalam hidung beliau. ‘Bead’ ni mungkin dah ada lama di situ. Lama-kelamaan jangkitan boleh berlaku, pembentukan batu seperti ‘rhinolith’ juga boleh berlaku.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Menikmati enaknya rasa donut ketika minum petang bersama keluarga boleh dijadikan idea istimewa untuk hari ini. Kalau boleh, biarlah donut yang dimasak gebu dan lembut rasanya. Barulah puas hati menjamahnya.
Namun, sekiranya anda pernah membuat donut dan hampa dengan rasanya, elok kiranya mencuba resipi yang satu ini. Bukan sahaja gebu malah cara membuatnya juga lebih mudah dan ringkas bahkan tanpa perlu diuli berkali-kali. Memang terbaik!
Ianya telah dikongsikan oleh Puan Liya Liyana dan kita tengok pun sudah nampak kegebuan kuih donut tersebut. Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur kita sediakan bahan-bahannya.
RESEPI DONUT GEBU PALING SIMPLE TANPA ULI
“Harini Yana share resepi donut yg senang giler. 1 adunan ni boleh buat donat dan jugak pau sambal a.k.a burger malaysia tu.Boleh la korang buat petang nanti. First time buat pon konfirm jadi taw. Jom cekidaut.”–Liya Liyana
Bahan A
1 peket yis
2 sudu gula kasar
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu margerin
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam ( Yana letak sikit je)
Ni yana uli sikit. Bagi lembut lagi.
Posted by Liya Liyana on Saturday, 13 October 2018
Cara – cara
1. Campur kan kesemua bahan2 A (yis / gula / susu / air suam) . Biarkan sampai kembang. Sementara nk tunggu bahan A kembang tu boleh la buat bahan B.
2. Dalam bekas lain. Satukan semua bahan B (tepung / soda bikarbonat / garam / marjerin). Ramas- ramaskan sampai sebati.
3. Lepas bahan A dah kembang satukan dengan bahan B. Gaul rata dan tutop kan. Nak pakai wrap boleh. Pkai kain pon boleh. Yana pkai kain jer. Senang.
4. Tunggu 1 jam. Nanti adunan tu naik dua kali ganda. Tumbuk2 bagi keluar angin. Lepas tu boleh la terap kan atau buat bentuk.
5. Adunan ni tak payah uli pon tak pe. Kalau rajin boleh je uli. Lagi lembut taw. Lepas tu boleh la goreng dgn api sederhana.
6. Dah siap goreng boleh la salut kan dengan gula atau coklat atau sambal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.