Buat Sendiri Di Rumah,Ini Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Confirm Jadi!

Share

Jika pergi pasar malam memang akan singgah beli ayam gunting Uncle Bob tu.

Rasanya yang special membuatkan anak-anak mengemarinya.

Rasa rangup-rangup pedas gitu. Biasanya kalau beli satu mesti tak cukup.

Asyik beli je, apa kata buat sendiri di rumah, puas hati dapat hidangkan buat keluarga.

Nak tahu cara membuatnya, ikuti perkongsian resipi oleh Puan Zaitun Abd Hamid ini.

Memang rasa samalah! Pastu anak-anak suka!

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

RESEPI AYAM GUNTING UNCLE BOB SEDAP & MUDAH

Dah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.

Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.

Ini resipinya

BAHAN-BAHAN

Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang)
– Basuh bersih dan potong nipis

BAHAN PERAP
• 4 sudu sos tiram
• 4 sudu serbuk BBQ / sos black pepper
Kimball
• Sedikit perahan limau / lemon
– Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1

Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biaa pakai yang ni.

BAHAN SADURAN
• Tepung Bestari pedas / original (ikut suka)
• Tepung ubi / tepung beras
• Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)

TAMBAHAN
– Serbuk cili / serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti

CARA MENGGORENG


1. SALUTKAN AYAM DENGAN BAHAN
SADURAN
Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.

Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.

2. GORENG MACAM BIASA
Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.
3. TABUR SERBUK CILI / LADA PUTIH
Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.
Baru ‘kick’!
Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.

Dah siap, tengok hasilnya. Sekali pandang,  macam ayam gunting Uncle Bob!
Semua dapat makan puas-puas.

Simple je kan? Bolehlah buat kudap-kudap hujung minggu ni. selamat mencuba!
Sumber/Foto : Zaitun Abd Hamid

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

IKLAN