Buat Sendiri ‘Garlic Spread’, Mudah & Sedap Guna Air Fryer Je. Simpan Dalam Peti, Boleh Tahan Sebulan!

Share

Kalau ibu-ibu nak cuba buat sendiri sendiri Garlic Spread atau Sapuan Bawang Putih  secara homemade, ini resipi yang cukup mudah. Pasti lebih jimat dan yang paling penting bebas bahan pengawet.

Nak jimatkan masa boleh je guna air fryer. Caranya bakar bawang putih satu labu, tak perlu kupas setiap ulas bawang putihnya, hanya tinggal picit lembut selepas dibakar nanti.

Jom cuba resipi yang dikongsikan ini oleh puan Afzan Abdul Kadir

ini.

Ada ternampak video omputeh buat garlic butter macam ni haritu so pagi tadi saya cuba.Sebelum ni guna raw garlic tumbuk kat lesung tapi macam tak berapa rajin, lagipun ada rasa pedas garlic tu kan.

Bahan-bahan:

2 labu bawang putih

Minyak Zaitun

separuh atau 125gram butter

Garam

Mixed Herbs

Cara membuat:

1. Bawang putih tu basuh dulu dan tuang sikit minyak di atasnya. Masuk dalam AF, saya guna suhu dalam 160 untuk ~15minit (hujung-hujung tu naikkan suhu sikit).

Ni dah siap bakar. Buang siap-siap mana-mana ulas yang buruk baru bakar ya. Untuk 2 labu ni saya guna kurang sikit dari separuh butter tu, ikut kesesuaian memasing.

2. Patutnya potong belah atas sikit dulu biar senang nak picit keluar nanti, saya ingat-ingat lupa so masa nak picit baru potong. Picitkan kuat-kuat dan dia akan keluar.

Potong sikit belah atas macam ni sebelum tuang minyak dan masuk AF.

3. Selepas tu gaul jelah dengan bahan-bahan lain, saya letak butter, olive oil, garam, mixed herbs. Dapatlah satu bekas kecik tu. Alhamdulillah.

Hasil dalam 2 labu bawang putih.Bekas sambal geprek kak iparku. Mujur bau garlic lagi kuat so bau sambal tenggelam.

Siap roti garlic bakar dihidang bersama homemade mushroom soup guna santan. Ya itu bukan bubur kacang.

Siap!

Tip tambahan:

Boleh tahan lama dalam sebulan juga, masuk peti dalam sejuk.

Boleh buat garlic bread atau sapu je kat toast bread, sedap.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN