Buat Sendiri ‘Giant Bubble’ Semudah A.B.C. Confirm Anak-Anak Sukakannya!

Share

Kalau ke pantai atau taman rekreasi pasti akan ada yang menjual buih belon atau giant bubble ini. Biasanya RM 5 untuk satu mangkuk kecil.

Anak-anak kalau sudah melihatnya memang akan meminta dibelikan. Tapi ‘giant bubble’ ini sebenarnya boleh saja dihasilkan sendiri di rumah.

Cuti hujung minggu begini, apa kata penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba membuatnya. Hanya empat bahan mudah diperlukan. Jom ajak anak-anak  tolong. Pasti lebih seronok

Selain menjimatkan kos bukan saja anak teruja dengan aktiviti ini, ibu bapa pun sama.

Bahan-bahan untuk menghasilkan buih :

250 ml pencuci pinggan

4 sudu besar tepung ubi kayu/jagung

1.5 liter air

1 sudu besar serbuk penaik

Cara membuat :

Campurkan kesemua bahan-bahan ini dan kacau sebati.

Bahan-bahan bubble wand/ pemegang :

Penyangkut baju jenis dawai

Tali jenis kain

Pita Pelekat

Cara membuat:

Lenturkan penyangkut baju jenis dawai seperti dalam gambar.

Lilitkan dengan tali jenis kain keliling penyangkut ini.

Kemudian lilitkan pula dengan pita pelekat pada bahagian pemegang.

Info ekstra

– Pastikan pencuci pinggan mempunyai kadar kepekatan yang tinggi.

– Penggunaan tali jenis kain membantu penyerapan buih sabun yang lebih banyak dan menghasilkan ‘giant bubble’ yang lebih berkualiti.

IKLAN