Bila sebut bab kerja-kerja dapur, pasti ibu-ibu tak lepas dari masalah kotoran, minyak dan sebagainya. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan dapur, apa kata ibu-ibu cuba tip yang dikongsikan oleh puan Yatie Eimra ini.
Bukan jer bantu hilangkan kesan minyak dan bau hanyir, malah homemade spray ini juga boleh bantu tanggalkan karat. Jom cuba!
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun 😄
Ads
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan 😅 Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak.
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. 😄
Ads
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka 7½ cawan air 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara membuat:
Ads
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ 😅
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Semenjak viral kes ikan siakap mencecah ribuan ringgit, semakin ramai pula yang berkongsi berkaitan ikan siakap di media sosial. Bukan sahaja berkenaan pengalaman perlu membayar harga tertentu untuk hidangan siakap tersebut malah ramai juga yang berkongsi resipi berasaskan ikan siakap yang boleh disediakan sendiri dengan rasa yang enak dan paling penting lebih menjimatkan.
Pun begitu bila kita memasak sendiri ikan siakap tersebut untuk pastikan rasa isi ikan tidak hanyir atau berbau ada caranya. Tidak sekadar disiang dan dibuang insang dan isi perut malah ada perkara lain yang perlu dilakukan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Arbi Mohd Arbi di group Masak Apa Hari Ini yang boleh dijadikan rujukan bersama.
“Topik pembelajaran kita pada hari ini, bau dan rasa hanyir siakap. Berikut adalah cara cara pembersihan untuk meminimumkan bau dan rasa hanyir.
“Habitat siakap di muara. Muara ni adalah perairan yang payau, tak masin tak tawar, tak manis. Bau dan rasa seekor ikan terletak pada habitatnya. Siakap adalah ikan pemangsa. Diet pemakanan siakap adalah udang dan anak ikan.”
“Ini ialah siakap yang sudah dibersihkan perut dan sisik tapi lom cukup bersih lagi ni. Jom kita bersihkan,” tulisnya di facebook
Keadaan isi perut ikan siakap. Yang harus dibersihkan insang. Lebihan organ dalaman, darah beku dan urat yang berada di atas tulang perut.
Urat ni bersambung dari kepala hingga ke ekor dan di dalam urat ni terkandung lebihan darah seandainya tidak dibersihkan ketika memasak. Ianya akan pecah dan darah akan meresap masuk ke dalam isi. Mesti spoil kan mood bila tengah sedap-sedap menikmati hidangan.
Inilah uratnya yang merah-merah tu la lebihan darah dia…
Keadaan ikan yang telah dibersihkan….
Setelah dibersihkan rendam ikan seketika di dalam bancuhan air Asam jawa….atau any citrus family…oihhhh cakap omputih plak…Citrus family ni contoh limau kasturi…limau nipis…
Semoga tips ni berguna buat korang. Safety first ketika mencuci always dari kepala ke ekor. Jangan nyonsang sebab nanti jari akan terluka.
Hadirnya insan bernama anak di sisi suami isteri pastinya momen yang cukup indah untuk dikenang. Tidak kiralah anak sulung, kedua mahupun seterusnya, setiap kelahiran mereka adalah cukup bermakna.
Bagi pelakon Lana Nodin, momen paling bahagia pastinya bila sang suami mendukung dan melafazkan iqamat kepada bayi mereka. Naluri seorang ibu yang tersentuh hati membuatkan pelakon ini merasa sebak dan terharu lantas mengalirkan air mata melihat situasi tersebut.
Dia yang selamat melahirkan anak kedua dalam perkongsian di laman instagram mengakui sebak sebaik sahaja mendengar suaminya David McKienzi melafazkan Iqamat kepada anak mereka.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkongsi video momen indah tersebut di akaun Instagramnya semalam (Rabu).
“Terharu dan sayu bila mendengar suami tercinta Iqamatkan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami.
“Alhamdulillah dan terima kasih pada @rampaiputeri dan dr zanariah yg memberi layanan yang sangat baik sepanjang sy berada di hospital…. Terima kasih Allah SWT,” tulis Lana lagi.
Lana memuat naik satu video ketika suaminya memangku anak mereka sambil melafazkan Iqamat di telinga permata hatinya. Pun begitu, Lana belum berkongsi jantina anaknya ketika ini.
Lana bernikah dengan David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015. Mereka sebelum ini dikurniakan cahaya mata perempuan Gia Quinn McKienzie yang kini berusia 2 tahun.
Di ruangan komen Lana dihujani dengan ucapan tahniah dan peminat juga turut menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah comel bayi aktres tersebut.
suegarlic118 Terharunye tgk video ni.. Sampai saya pun menitiskan air mata. Mommies mmg emo kot bila saat2 mcm ni. ? Anyway, congrats @lananodinmckienzie & husband. Welcome to the world, baby..
iraazron Alhamdulillah taniah..sebak dgr azan dr seorang ayah..selamat berpantang dan semoga bby sihat comel mcm kakak dia..suka tgk video kakak..
Muat naik terbaru usahawan & selebriti, Nur Fazura aktress yang sering mendapat perhatian peminatnya.
Memaparkan beberapa keping gambar bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Apa yang menarik perhatian, gaya penulisan Fazura yang tersusun dan sopan berkongsi coretan menghadiri majlis peribadi Tengku Permaisuri meraih perhatian peminatnya.
“Faz dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tema majlis ialah Bollywood, tema yang sangat meriah.”
Faz dan Fattah adalah antara hadiah kejutan kepada DYMM Tengku Permaisuri pada majlis tersebut. Misi kami membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.
Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian “Happy Birthday”, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua. Sungguh, dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. DYMM Tuanku Sultan kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua.
Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Yang paling tersemat di hati kami ialah baginda Tuanku berdua is such a lovely and loving couple, warm and humble. Kami sangat kagum, sebagai contoh kepada kami.
Once again, our best birthday wishes to our Queen, may Allah SWT bless you always with happiness and may you always find favour in His eyes. Semoga Allah SWT lanjutkan usia DYMM Tuanku Sultan dan DYMM Tuanku Permaisuri. Amin
Kongsi kejayaan di pentas konvokesyen, bapa genggam PhD, anak peroleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Seorang bapa mencipta mencipta legasi keluarga cemerlang bersama anaknya apabila beliau berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).