Buat Sendiri Keropok Lekor. Tak Perlu Pergi Rentas Negeri, Buat Di Rumah Pun Dah Sedap!

Share

Buat yang teringin nak makan keropok lekor dan boleh buat sendiri dah. Tak perlu tunggu keropk lekor frozen atau ke pasar malam.

Dengan ada resipi ini kita boleh cuba buat sendiri di rumah dengan resepi yang ringkas dan senang ni. Malah siap ada cara buat sos. Jom buat!

Keropok Lekor buat sendiri di rumah!

Bahan-bahan:

20 ke 25 ekor ikan temenung lemak (ambil isi)
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Garam ajinomoto
1 sudu baking powder

Cara penyediaan:


Blend isi ikan dgn sedikit air (agak2 bg blh blend). Gaulkan isi ikan yg telah diblend dgn tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinomoto, baking powder. Tak perlu tambah air..
Uli sampai jadi doh..lps tu letak sikit minyak bagi doh licin.

Lps tu gentel la jadi panjang Mana yg Kita nak. Masa nak gentel tu letak sikit minyak Kat pelapik supaya x melekat.


Sambil tu boleh rebuskan air dulu dlm kuali besar. Lps air mendidih masukkan kerepok yg dah digentel tadi..masak smp kopok tu terapung naik tu maknanya dah masak elok..toskan dan sejukkan sebelum dipotong..

Resepi sos pencicah

3 sudu cili kering yg dikisar


1cawan air
1sudu besar cuka
2 sudu gula
Garam , ajinomoto
Seketul gula merah
Sikit air asam jawa
1 sudu tepung jagung

Caranya
Campurkan semua dlm periuk kecuali tepung jagung..kacau sampai mendidih..baru masukkan bancuhan tepung jagung kacau smp likat. Tutup api

Sumber: Ayu Hidayu

IKLAN