Buat Sendiri Pes Tomyam Di Rumah. Rasa Pun Macam Di Kedai. Fresh Tanpa Bahan Pengawet!

Share

Masakan tomyam adalah antara juadah yang popular. Untuk menu seminggu tu mesti ada jaudah ni. Anak-anak mesti request. Juadah ini enak di makan apabila digandingkan bersama nasi.
Selain beli pes yang sudah siap sedia dalam bekas atau pek, apa kata kita buat sendiri di rumah. Lagi fresh! Malah kebersihan pes tomyam itu pun tidak diragui dan confirm tak ada bahan pengawet.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Dulu-dulu suka buat tomyam tapi tak reti nak buat kalau tak de pes dia.Rasa tak aumm je.hehe.

Loni kalau tak ingat nak beli pes tomyam pun takpe.Dah boleh buat sendiri..Rasa pun sedap oii..

Yang nak cuba buat,boleh tengok resepi kat gambar.Alang2 viral kotak,resepi pun nak tulis kat kotak.

BAHAN-BAHAN:

-Bawang Besar
-Tomato
-Belacan /udang kering
-Cili kering/cili giling
-Halia
-Serai
-Daun ketumbar
-Daun limau purut

CARA PENYEDIAAN:

Blender Semua bahan. Tumis sehingga pecah minyak. Dah siap pes tomyam!

Selamat Mencuba!

Kredit: Suhaili Sakani to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

IKLAN