Buat Stok Nuget Tempura Homemade Guna Isi Ayam Untuk Anak-Anak. Mudah Je Nak Buat, Rasanya Semestinya Sedap!

Share

Lumrah manusia kan, suka memilih, Betul tak? Nak-nak lagi dalam satu ‘benda’ ni. Kalau salah pilih, mau tak berapa jalan nak makan. Apa lagi kalau bukan isi ayam. Hehehe.

Yang boleh bedal semua benda, bagus la makan tak memilih. Kena yang memilih, garu kepala mak-mak kat rumah nak masak apa isi ayam bila anak-anak memilih!

Haa tak payah garu kepala sangat lah mak! Dari membeku je isi ayam dalam peti tu, jom la rajinkan diri sikit buat nuget tempura homemade resepi dari Rosmirah Yussof

ni… Mudah je caranya. Yang mana konon memilih tak makan isi tu, makan nuget ni confirm diorang lah yang paling laju makan nanti. Jom cuba!

NUGET TEMPURA HOMEMADE

Bahan-bahannya :-

2 keping dada ayam dipotong dadu
1ulas bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 sudu tepung ubi
1sudu perencah daging lada hitam maggie
Sedikit daun sup
Sebiji telur ayam
Lobak.
Tepung bestari

* Kalau xde perencah daging lada hitam maggie boleh digantikan dengan serbuk lada hitam,sedikit garam dan serbuk perasa(jika suka)

Cara-caranya :-

1. Ayam dipotong kecik supaya mudah masa blender

2. Campurkan semua bahan kecuali tepung bestari ke dalam blender.Guna blender kering.Kalau xde tumbuk guna lesung pun boleh.. lagi terasa ayamnya.

 

3. Bahan yang siap diblender

4. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan ratakan bahan yang dibender ke dalam loyang

5. Kukus selama 15 minit

6. Siap kukus.Boleh potong atau cetak ikut kretiviti masing2

7. Dah siap dipotong dan dicetak menggunakan cetak kuih

8. Bancuh tepung bestari dengan sedikit air.Bancuh cair macam buat tepung goreng pisang.Tak perlu tambah garam sebab tepung tu dah masin.

9. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga masak dan kekuningan

10. Siap untuk dihidang.

IKLAN