Buatkan Siakap Tom Yam Ni, Padu Habis Rasanya Macam Makan Di Restoran Thai!

Share

Dek kerana ramai yang menggemari masakan Thai, tentunya menu Tom Yam yang mempunyai rasa masam-masam pedas menjadi pilihan dijadikan sebagai menu untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ini.

Rasanya yang tersendiri dengan aroma daun limau purut, serai dan beberapa ramuan herba terpilih, membuatkan kuah tom yam tidak jemu dimakan. Selain tom yam biasa di masak dengan campuran ayam, daging, seafood atau sayur, tom yam ikan siakap juga tidak kurang hebat rasanya.

Jadi apa kata anda mencuba resipi ikan siakap tomyam yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad.

Menurutnya, menu yang disediakan mendapat pujian suaminya dan disamakan seperti macam makan di kedai makanan Thai. Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda sediakan menu ini dan dapatlah seisi keluarga menikmati keenakan rasa hidangan yang anda sajikan.

Kalau korang nak try tom yam ikan, ini resipinya:

Bahan utama: serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci hiris, bawang putih 4 ulas hiris, 1 akar ketumbar ketuk. Masukkan air dan didihkan.

Cara memasaknya :

Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.

Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai

Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)

Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.

Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.

Sumber : Noor Hafiza Mohamad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN