Bukan Sayang Sentiasa, Ada Masa Kena Rotan, Cara Johan, Ozlynn Didik Anak Raih Perhatian.

Share

Pastinya ramai yang mengenai pengacara dan pelawak, Johan dan isterinya pelakon, Ozlynn yang sentiasa menarik perhatian peminatnya.

Muat naik mengenai kisah keluarganya sentiasa meraih perhatian termasuk hubungan suami isteri dan anak-anak.

Antara perkongsiannya yang mendapat perhatian adalah mengenai kejayaan anak sulungnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di luar negara.

Malah seorang warganet menerusia facebooknya, Siti Suryani Yaakop kagum dengan kisah keluarga selebriti itu. Dia telah mengulas mengenai kisah keluarga itu dari kaca matanya sehingga mendapat pelbagai pandangan dikalangan warganet.

Nyata, keluarga selebriti Johan- Ozlynn begitu inspirasi!

SAYA KAGUM CARA JOHAN OZLYNN DIDIK ANAK

Saya baca kisah anak Johan bakal jadi doktor semalam. Saya kagum. Dan saya juga baca Ozlynn post gambar anak dia yang dah besar bapak pun berdukung lagi dengan Johan. Kadang ada gambar depa bertepek duduk dan baring ramai-ramai.

Tu lebih saya kagum lagi.

Nak berdukung-dukung ni kalau tak biasa, mana mahunya. Malu. Kadang tak payah suruh dukung, nak cium pipi mak depan kawan pun segan. Sebabnya itu bukanlah benda yang jadi kebiasaan.

Kalau siapa follow dia mesti tahu depa famili yang macamana. Dan saya suka follow. Sebab dia jujur. Tak fake.

Bukan bersayang-sayang sentiasa. Tidak juga sopan santun setiap masa. Takda juga cakap orang putih manjang. Dia biasa. Biasa macam kita-kita. Ada masa dia marah. Ada masa dia ambik rotan. Ada masa tinggi suara. Ada masa dia sayang. Ada masa dia bergurau.

Dia menunjukkan sisi kebanyakkan famili yang normal. Dan ada banyak emosi dalam setiap famili tu bagi saya adalah normal.

Bezanya ialah dia HADIR. Hadir diri dalam hidup anak. Waktu solat, imamkan solat dengan anak. Waktu belajar, duduk di meja belajar dengan anak. Waktu main, berguling sama dengan anak. Waktu bersukan, main basikal sama dengan anak. Dia sebagai susuk seorang ayah, ada. Karakter utama dalam rumah itu adalah dia.

Dan konsisten. Setiap Subuh dia pastikan anak-anak mengaji. Mesti mengaji. Sampai lama-lama jadi tabiat anak itu sendiri. Tapi bukan suruh saja. Dia sama-sama buat sekali.

Biar dia buat lawak pun. Biar dia garang pun. Biar dia jegil mata pun. Biar dia tinggi suara pun. Biar dia mengusik pun. Tapi bila dia HADIR, apa saja tegur dan marah beri kesan yang baik. Sebab ada ikatan hati yang kuat antara ayah dan anak.

Ibu ayah yang hadir dalam bentuk fizikal, emosi dan jiwa dengan anak-anak, saya percaya walau saat kita marah pun dia tak lari ke mana. Dia tahu atas tujuan apa. Marah yang ada sebabnya. Tegur yang ada tujuannya. Sempoi yang ada batasnya.

Saya kira begitu keinginan kebanyakkan kita. Sebagai ibu ayah. Walau apa pun jadi dan jauh mana pun pergi, anak tetap akrab hatinya dengan kita.

Dia menjadikan saya rasa santai sebagai ibu. Rasa saya okay menjadi saya. Boleh je suka buat kelakar tapi tegas pada masa yang sama. Boleh je tegur kalau ada benda tak kena. Bukan serba serbi mesti sempurna. Bukan kena sopan santun sepanjang masa. Tapi sentiasa hadir setiap ketika.

Bahasa ringkasnya.

Cakna.

Sumber: Siti Suryani Yaakop

IKLAN