“Bukan Tak Reda. Dia Cuma Rindu.” ’12 Tahun Terindah’, Luahan Rindu BCL Pada Arwah Ashraf Sinclair Buat Ramai Sebak!

Share

Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya. Seolah-olah separuh jiwa turut dibawa pergi bersama.

Bagi penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), pemergian suami tersayang, Allahyarham Ashraf Sinclair benar-benar di rasai. Apatah lagi, pemergian suami tersayang dalam keadaan mengejut. Lama menyepikan diri, terbaru BCL tampil dengan single terbaru bertajuk ’12 Tahun Terindah.
Lagu tersebut merupakan luahan perasaan rindunya terhadap suami tercinta.

Lirik lagu ’12 Tahun Terindah’ cukup menyentuh hati apatah lagi ia merupakan nukilan khas Bunga buat arwah suaminya. Menerusi bait-bait lirik tersebut, Bunga menceritakan 12 tahun bersama Ashraf merupakan kenangan paling terindah buat dirinya

Tidak sampai sejam klip video lagu tersebut dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, ia mendapat lebih setengah juta tontonan dengan lebih 15,000 komen.

Oh terima kasih
Tuhan tau telah berikan
12 tahun terindah
Bersama dirinya…

Meskipun Ashraf sudah pergi meninggalkannya dan Noah, Bunga terus kuat dan bangkit demi anak tunggal mereka. Memori bersama juga akan disimpan dan menjadi kenangan buat selamanya.

Sejak 30 Jun lalu, BCL memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Allahyarham Ashraf dan anak mereka dengan tanda 12 pada gambar-gambar tersebut.

Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Sumber: bclsinclair

IKLAN