Buku Pickupline Budak Sekolah! Ibu-ibu Sila Ambil Kisah.

Share

Jika ingin dibandingkan zaman kita dulu-dulu dengan anak-anak masa kini memang jauh bezanya.

Lihat sahaja apa yang dibuatnya dengan buku tulis yang kosong.  Kalau kita,  mesti jadi buku conteng, lukis-lukis komek malah ada juga yang jadikan buku lagu.  Habis semua lirik lagu kita akan tulis cantik-cantik dalam buku sekolah, betulkan?

Tapi melalui perkongsian qamar nazli di akaun twitternya.  Ini apa anak-anak zaman ini buat dengan buku tulis: Buku Pickupline!

Membacanya seakan kita tidak percaya dan menimbulkan gusar di hati ibu dan ayah.   Bayangkan anak baru bersekolah rendah, tapi sudah pandai buat ayat-ayat cinta.

Setebal-tebal kamus tebal lagi cinta saya pada awak. 

Apa beza awak dengan rama-rama? 

Rama-rama hinggap dekat bunga,  awak hinggap dekat hati saya

Ini antara ayat pickupline yang memang kreatif.  Kalau dibaca sekali lalu ada juga kelakarnya.

Jadi sebagai ibu bapa,  sekali sekala cubalah pantau, lihatlah apa yang anak-anak kita buat. Nasihatkan dan ingatkan mereka agar lebih tumpukan pada pajaran.

sumber twitter : qamarnazli

IKLAN