Buntu Idea Jamuan Sekolah Anak? Wanita Ini Kongsi Resipi Macaroni Cuppizza Paling Senang!

Share

Jamuan sekolah antara aktiviti yang menarik untuk dilakukan dan selalunya setiap kanak-kanak akan bawa juadah atau makanan untuk dikongsi bersama. Pelbagai jenis menu yang sesuai untuk dijadikan menu potluck atau jamuan seperti nasi goreng, mee goreng atau ayam goreng.

Tetapi istimewanya kali ini, menu macaroni cuppizza yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan ini boleh selesaikan masalah para ibu yang buntu memikirkan menu untuk anak-anak sekolah. Menurut perkongsiannya di profil Facebook, menu ini sangat mudah dan sesuai dengan selera kanak-kanak.

“Buat dalam cup senang, nanti masing² boleh amik bawak balik kalau dah kenyang, tak payah tunggu nak bungkus-bungkus,” tulisnya.

Macaroni Cuppizza

Bahan-Bahan: 

  1. Isi ayam (boleh tambah sosej atau isi ketam)
  2. Pawang putih (boleh tambah bawang Holland)
  3. Macaroni
  4. Sos spaghetti
  5. Garam
  6. Tortilla wrap
  7. Cup
  8. Lada hitam
  9. Telur
  10. Cheese

Cara-Cara:

– Tumis bawang putih, nak masuk bawang Holland pun boleh.

 

– Masuk isi ayam, nak masuk sosej, crabstick pun boleh.

– Masuk macaroni yang sudah direbus, sos spaghetti, kalau nak masuk veges boleh, letak mix herbs, garam sikit.

 

– Ambil tortilla wrap, potong dan letak dalam cup.

– Buatlah bagi siap, yang double tu sebab terlebih potong. Kemudian, scoop masuk macaroni tadi.

– Pecah telur, letak garam dan black pepper sikit. Whisk.

– Tuang masuk dalam cup agak-agak tenggelam. Tabur cheese pizza. Sprinkle mix herbs sikit.

– Bakar api atas bawah 15 minit, + api bawah 10 minit. Tak nak atas garing sangat nanti. Suhu 170°c.

– Boleh tambah atas dia, letak sos cili/mayonnaise/cheesy sos.

Sumber: Sharinaz Redwan

IKLAN