Cantik Bertudung! Peminat Puji Penampilan Nora Danish, Doa Agar Terus Istiqamah

Share

Sememangnya rata-rata mengetahui kelebihan bulan ramadan, bulan yang cukup mulia dan sesuai untuk kita tambah amalan kebaikan.

Berkongsi di Insta story senarai ibadah yang boleh dibuat sepanjang bulan ramadan ini, pelakon jelita, Nora Danish turut tidak melepaskan peluang untuk mengejar saham akhirat dengan melakukan pelbagai amal ibadah termasuk mengaji al-Quran.

Malah, pelakon yang wajahya tidak dimamah usia itu turut berkongsi cara untuk mengira zakat bagi yang ada tanggungjawab dalam melaksanakan rukun Islam ke-4 itu.

Selain dari perkongsian tentang ibadah yang dilakukan, perkara lain yang menjadi perhatian orang ramai apabila Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif tampil manis dengan imej berhijab di bulan yang mulia ini.

Perkara itu boleh dikihat dalam entri terbarunya yang memakai busana serba putih yang dipercayai bagi meraikan sebuah majlis ahli keluarga terdekat.

Turut kelihatan suaminya, Nedim Nazri yang juga memakai serba putih dan anaknya, Mohamed Neqayl Nedim kelihatan segak mengenakan serban Arab.

“Pagi yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. Bismillah,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Nora memakai tudung berwarna putih itu.

Malah, mereka turut mendoakan agar aktres berusia 41 tahun itu mendapat hidayah untuk berhijab dan kekal istiqamah tanpa mengharapkan bulan Ramadhan sahaja.

Sekadar info, Nora pernah meluahkan rasa kecewa apabila dirinya tidak sempat untuk khatam Al-Quran kerana sibuk menyelesaikan banyak urusan termasuklah berpindah ke rumah baharu.

Sumber: Instagram @noradanish

IKLAN