Buat penggemar ayam goreng KFC, lebih-lebih lagi yang ‘spicy’ mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup simple saja cara membuatnya. Resipi ini dikongsikan oleh Cahaya Kasih Firdausi.

Rata-rata mereka yang telah mencubanya pasti puas hati. Ini rahsia bahan-bahan di dalam resipi yang mudah dan ringkas sangat!

Nampak gaya, resepi ayam goreng KFC spicy versi CKF ini memang mudah untuk dibuat di rumah. Rugi kalau tak cuba sebab dah terbukti memang simple’, tetapi cukup menggiurkan. Jom buat sekarang!

RESEPI AYAM GORENG KFC SPICY VERSI ‘HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

Bahan perapan:

  • 1 ekor ayam (potong berapa ikut suka)
  • Cili kering dikisar halus
  • Bawang merah dan putih kisar halus
  • Garam
  • Perasa

Bahan menggoreng:

  • Tepung gandum cap cempaka
  • Minyak masak secukupnya

Cara Buat Ayam Goreng Spicy Ala KFC. Simple Tetapi Cukup Menggiurkan.Wanita Ni Kongsikan Versi Homemade. Mudah Sangat!

CARA-CARA

1. PERAPKAN AYAM

Gaul semua bahan ke dalam ayam yang dah dibersihkan. Perap seketika atau semalaman.

Cara Buat Ayam Goreng Spicy Ala KFC. Simple Tetapi Cukup Menggiurkan.Wanita Ni Kongsikan Versi Homemade. Mudah Sangat!

IKLAN

2. GAULKAN TEPUNG

Ambil ayam yang telah diperap tadi dan gaulkan pada tepung. Saya gunakan tepung cap cempaka.

Cara Buat Ayam Goreng Spicy Ala KFC. Simple Tetapi Cukup Menggiurkan.Wanita Ni Kongsikan Versi Homemade. Mudah Sangat!

Golek-golekkan hingga tepung melekat di serata ayam.

Cara Buat Ayam Goreng Spicy Ala KFC. Simple Tetapi Cukup Menggiurkan.Wanita Ni Kongsikan Versi Homemade. Mudah Sangat!

IKLAN

3. PANASKAN MINYAK

Panaskan minyak biar betul-betul panas. Masukkan ayam dengan api besar.

4. GORENG

Bila ayam sudah dimasukkan, kawal api biar kecil sedikit supaya ayam masak dengan sempurna bahagian dalamnya.

Agak-agak ayam dah garing, terbalikkan permukaan ayam dan balik-balikkan.

IKLAN

Cara Buat Ayam Goreng Spicy Ala KFC. Simple Tetapi Cukup Menggiurkan.Wanita Ni Kongsikan Versi Homemade. Mudah Sangat!

5. ANGKAT & TOSKAN

Dengar bunyi gorengan bila agak bising maknanya air ayam masih ada. Bila dah agak senyap bunyi gorengan, bolehlah angkat dan toskan. Hasilnya, garing di luar dan berjus di dalam – ‘crispy and spicy’.

Sedia dihidang. Sangat sedap dan lazat!

Cara Buat Ayam Goreng Spicy Ala KFC. Simple Tetapi Cukup Menggiurkan.Wanita Ni Kongsikan Versi Homemade. Mudah Sangat!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI