Cara Buat Kacang Goreng Crispy Spicy,  Guna 3 Bahan Je. Semudah ABC, 15 Minit siap!

Share

Rasanya yang spicy di tambah dengan kerangupan pasti buat anak-anak tertarik.

Nah cuba resipi Kacang goreng crispy spicy dari puan Zita Samat..

Boleh dijadikan kudapan seisi keluarga.


Sedap giler. Nah ada yg tnye resepi tadi. 3 bahan je.. Semudah ABC. 15 minit je siap bleh telan trus 🤣🤣

 

3 bahan utama :

-Kacang tanah ( basuh dan keringkan dlu )

-telur sebiji

-tepung bestari pedas

Cara membuat:

Gaulkan kacang dengan telur hingga rata.

 

Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata

 

 

Panaskan minyak

Goreng dalam minyak panas , api sederhana

Rajin2 kacau supya masak sekata dan xhangus. Angkat dan toskan minyak.

 

Wajib biarkan sejuk dlu, dan tos minyak supaya rangup.

 

Dah sejuk bru makan dan simpan dalam bekas kedap udara

Taraaaaaaa….. Untuk yg diet jangan buat ! Siyesss ni 🤣🤣🤣

Edit tambahan : boleh tambah sdikit gula kalau nk rs manis2.. Sy mmg xletak sbb nk mkn masin2 pedas… Tepung ni da masin ye jgn tmbah garam dah..

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN