Cara Buat Terung Goreng Crispy, Resipi Ringkas & Sedap Rasanya. Buat Kudapan Seisi Keluarga

Share

Siapa suka makan terung? Biasa digoreng bercili mahupun dibuat gulai atau pajeri kan. Apa kata kali ini tukar sekera pula.

Resipi yang cukup ringkas ini pasti membuka selera sekeluarga di rumah.

Cuba terung goreng crispy ini. Mudah, simple caranya tapi sedap.

Ada peminat terung di sini??? Kalau ada kita geng…. 😍😍😍
Terung goreng crispy…. Jom kita pelbagai kan menu terung…. Sedap….. 😋😋😋

Bahan-bahan 
Terung
Garam
Tepung bestari
Minyak utk goreng

Cara membuat:

Potong terung macam dlm gambar.

Kemudian, tabur kan garam halus sikit pada setiap terung tu & perapkan dlm 10 minit…

Lepas perap (akan keluar air dari terung)… pastu lap kan terung dgn tisu utk bagi kering sikit.

Last celup terung dalam tepung bestari dan boleh goreng… 👍👍👍

Kredit: Zaharah Mazrul

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN