Portugese egg tart menjadi antara menu pastri yang cukup digemari ramai yang biasanya mudah didapati  dijual di kedai-kedai roti dan kek. Melihat harganya boleh tahan juga untuk sebiji tat telur tersebut iaitu angaran RM2.50 -RM3.00.

Jadi untuk lebih menjimatkan dan agar boleh dimakan beramai-ramai seisi keluarga, ada baiknya anda sediakan sendiri menu kegemaran ramai ini. Barulah puas hati makan dan bolehlah juga dijadikan aktiviti menyeronokkan jika dimasak bersama anak-anak. Ini memandangkan cara penyediaanya cukup mudah seperti mana yang dikongsikan oleh Izz Aishah ini.

Katanya resipi yang dikongsikan ini rasanya macam tart telur yang ada dijual di Baker’s Cottage. Jadi jom kita buat!

“Pkp kan tak tau pi mana kan? Jadi kita kerjakan dapoq je lah . Tart teloq pakai AF ja. Malas nak buka oven. Jadi la kan rupa laguni , rasa sama macam Baker Cottage tau” 

Cara Ekpress Buat Tart Telur Guna Puff Pastri. Ikut Resipi Ni & Rasanya Sebijik Macam Jual Di Baker’s Cottage!

Ads

Resepi tart telur portugis ( untuk 20 pcs ) (resepi asal Azlina ina)

Bahan-bahan:

Cara Ekpress Buat Tart Telur Guna Puff Pastri. Ikut Resipi Ni & Rasanya Sebijik Macam Jual Di Baker’s Cottage!
-telur penuh 20 gram (telur sebiji maksudnya)
-telur kuning 2 biji
-susu full cream 75ml
-gula kastor 45gram
-esen vanilla sikit
-whipping cream 150 ml
(Campur semua ni dalam 1 bekas, pastu kacau-kacau dengan senduk sampai sebati)

Ads

Cara Buat:
1. Tekapkan puff pastry dengan cawan, lepastu masukkan dlm acuan dia,tekan-tekan sikit.

Cara Ekpress Buat Tart Telur Guna Puff Pastri. Ikut Resipi Ni & Rasanya Sebijik Macam Jual Di Baker’s Cottage!
2. Lepas tu masukkan filling td agak-agak jangan sampai penuh .

Cara Ekpress Buat Tart Telur Guna Puff Pastri. Ikut Resipi Ni & Rasanya Sebijik Macam Jual Di Baker’s Cottage!
3. Bakar dalam oven suhu 170c selama 25 minit (ikut oven kita) Kalau pakai air fryer suhu 180c selama 20 minit.

Ads

Cara Ekpress Buat Tart Telur Guna Puff Pastri. Ikut Resipi Ni & Rasanya Sebijik Macam Jual Di Baker’s Cottage!
Dah siap boleh makan panas-panas atau sejukkan dalam chiller.

Sumber :Izz Aishah 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI