Cara masak ketam kam heong resipi pelakon dan produser hebat Sheila Rusly ni nampak menyelerakan betul. Pelakon senior yang juga ibu kepada dua orang anak bujang ini sememangnya terkenal dengan kehebatan air tangan masakannya.

Isteri kepada pengarah tersohor, Jinggo ini sering berkongsi pelbagai resipi di laman Instagram dan channel Youtube nya. Cara masakan menu harian yang dikongsi nampak mudah untuk dicuba dan ramai yang komen hasilnya sangat memuaskan hati.

Bahkan ramai juga followers yang sebelum ini tak pandai memasak langsung mengakui semakin mahir memasak selepas mengikuti segala resipi di Youtube dan Instagram Sheila Rusly.

Cara Masak Ketam Kam Heong Resipi Shiela Rusly

Cara Masak Ketam Kam Heong Resipi Shiela Rusly

IKLAN

Cara masak ketam kam heong

Ada macam-macam cara masak resipi kam heong yang ramai orang kongsi tapi cara yang ditunjukkan oleh Sheila dalam Youtube nya ni sangat mudah.

Cara Masak Ketam Kam Heong Resipi Shiela Rusly

Bahan-bahan

IKLAN
  • 3 ekor ketam dipotong kecil
  • udang kering
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • daun kari
  • 8 biji cili padi merah
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara memasak:

  1. Tabur tepung jagung pada ketam. Kemudian gaul rata dan goreng dalam minyak panas. Jangan goreng terlalu lama dan garing. Bila dah kekuningan sikit bolehlah angkat dan toskan minyak.
  2. Potong dadu bawang besar, cincang bawang putih dan potong kecil cili padi.
  3. Tumis udang kering menggunakan minyak menggoreng ketam. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurangkan), daun kari. Tumis sampai garing.
  4. Masukkan serbuk kari, sos tiram, kicap pekat dan gaul rata. Masukkan sedikit gula, garam, air dan kacau sampai sebati.
  5. Akhir sekali masukkan ketam dan gaul rata. Siap untuk dihidang dan dinikmati.

WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT

Cara Masak Ketam Kam Heong Resipi Shiela Rusly

IKLAN

Sayang anak ketat-ketat bukan sekadar pada teori. Cabaran mendidik anak zaman millennial bukan biasa-biasa. Jadi ibu ayah kena ada ilmu keibubapaan yang betul daripada mereka yang mahir dan berpengalaman.

Sertai Webinar keibubapaan PERCUMA, Sayang Anak Ketat-Ketat bersama barisan panel berkredibiliti seperti Ibu Rose, Puan Maryam Jamadi, Dr Ahmad Rostam, Puan Azlina Roszy, Prof Dr Nik Salida dan selebriti jemputan Irma Hasmie.

Daftar sekarang di Toko Ideaktiv

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI