Cara Masak Pulut Kuning Guna Rice Cooker. Tak Perlu Rendam, 30 Minit Jer Dah Siap. Mudah & Sedap. Ini Caranya!

Share

Bagi Ibu-ibu yang ingin belajar buat pulut kuning, di sini admin kongsikan resipi yang cukup mudah dari Nazra Queen. Selain tidak perlu direndam, kaedah ini juga mudah dan cepat. Hanya 30 minit dengan menggunakan rice  cooker.

Hasilnya cukup memuaskan, sedap apabila dimakan bersama dengan rendang. Jom cuba ibu-ibu!

Cara membuat:

Basuh 300g beras pulut & tos air. Tak perlu rendam.

Masukkan :
1sudu kecik serbuk kunyit,
1/2 sudu kecik garam
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak

Masuk air paras pulut. potong2 daun pandan & masukkan situ.

Masak guna rice cooker..mcm masak nasi tu. Lepas  10minit akan jadi macam ni.

kacau2 pulut tu

Curah santan daripada 1/2 biji  kelapa sambil dikacau sebati.(anggaran 200ml – 250ml).
Agak2 nampak basah2 stop curah santan. Tak perlu habiskan santan. Biarkan 5 minit supaya pulut serap santan.

switch on rice cooker lg sekali. Tekan warm shj. Biarkan pulut masak & berkilat lbh kurang 10 minit camtu. Siappp…blh lah hidang dgn kari ayam atau sambal tumis.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN