Cara Mudah & Cepat Nak Cuci Minyak Tumpah Atas Lantai. Hanya Guna Tepung Jer, Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!

Share

Adakalanya waktu memasak berlaku kejadian minyak tertumpah di lantai. Kalau kita mop terus dengan air yang di campur pencuci lantai memang akan bertambah licin lantai jadinya. Jenuh nak basuh nak hilangkan kesan minyak tu. Memang susah kalau terus mop dengan air ni.

Jadi bagaimana nak bersihkan tumpahan cecair ini? Jadi apa kata cuba tip yang dikongsikan ini. seorang Chef bernama Ashiqin Sadikun ada berkongsikan caranya membersihkan minyak yang tertumpah di lantai dengan mudah.

Cukup mudah dan bahan pun simple je iaitu tepung serta sarung tangan, cara ini pastinya berkesan untuk anda membersihkan minyak yang tertumpah di lantai rumah anda.

Caranya dengan menggunakan tepung je. Letak tepung atas minyak yang tertumpah atas lantai tu biar serap seketika. Kemudian barulah mop lantai tersebut. Confirm hilang kesan minyak tu dan lantai tak licin lagi.

Untuk lebih lanjut , ikuti video tutorial seperti yang dikongsikan oleh Chef ini seperti berikut:

 

IKLAN