Cara Senang Bagi Anak Makan Buah! Buat Pie Epal Sendiri Di Rumah Dijamin Lagi Sedap Dan Selamat

Share

Setiap anak pastinya mempunyai citarasa yang tersendiri dan ada juga yang sukar untuk makan buah-buahan. Pie epal antara menu pencuci mulut yang sangat popular dan palig menarik adalah menggunakan buah-buahan sebagai bahan.

Buah epal sememangnya mempunyai pelbagai khasiat termasuk kandungan flavonoid dalam epal yang dapat membantu melindungi sel-sel dalam tubuh termasuklah sel dalam otak. Olahan resipi yang dikongsikan oleh @hazwan.rl

ini sangat mudah untuk dibuat di rumah.

Apple Pie

Bahan-Bahan:

  1. Doh pastri
  2. 2 biji epal dipotong dadu
  3. 60 g gula perang
  4. 1 sudu serbuk kayu manis
  5. 1 sk esen vanilla
  6. 1 1/2 sudu jus lemon
  7. 30g/3 sudu butter
  8. Secubit garam
  9. 1 sudu Tepung jagung + air (bagi pekat)
  10. 1 egg wash/butter
  11. 1 sudu (gula perang + serbuk kayu manis)

Cara-Cara:

– Masakkan 2 biji epal yang telah dipotong dadu dan masukkan butter.

– Tambahkan gula perang, serbuk kayu manis dan secubit garam. Kemudian masukkan jus lemon dan esen vanilla.

– Masak dengan api yang kecil dan tambahkan bancuhan tepung jagung. Jika epal sudah lembut dan boleh matikan api.

– Letakkan inti epal tadi ke dalam doh pastri dan lipatkan mengikut cara yang ditunjukkan. Kemudian oleskan bancuhan telur dan taburkan sedikit campuran gula perang dan serbuk kayu manis ke atas epal pie tadi.

– Setelah itu boleh bakar pie ke dalam oven selama 20 minit dan siap dihidang.

Sumber: @hazwan.rl

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI

IKLAN