Cara Tanam Sawi Guna Bekas Telur, Baja Tahi ayam & Air Basuhan Beras. Patutlah Subur!

Share

Tanam sendiri pokok sawi? Bunyi macam susah kan, jangan rak tahu sebenarnya mudah je. Malah kita akan dapat sawi yang segar, gebu,subur, bersih dan selamat.

Yang penting tak guna pun baja dari bahan kimia. Ambil je baja tahi ayam dan nak mudah air basuhan beras jangan lupa simpan dan tuangkan pada tanaman ini. gerenti gemuk dan subur sawi anda.


Inilah yang dikongsikan puan Farah Wahida menerusi Group Beginner Tanam Pokok Dan Sayur. Nak tahu caranya jom baca ni.

Assalammualaikum selamat malam semua..malam ni nak kongsi cara sy semai, dan tanam sayur sawi pulak.


1. Semai biji benih sawi dgn mgunakan peatmoss..masukkan 3@4biji biji sekali pun blh..nanti dah besar alihkan je..sy semai guna tray,bekas telur dan kalau malas sy tabur je dlm bekas nanti dah naik daun 4-5lai alihkan shj.


2. Dlm ms 10.12hari dah boleh alih dan buat pjarakkan ank benih.


3. Sebelum alih dlm bekas tanaman tanah sy dah siap letak tahi ayam..biarkan dlm ms 3-4hari baru alihkan ank pokok ye..Alihkan ke dalam pasu,petak tanaman,dan apa2 shj janji dia boleh mbesar xsesak dlm satu1 tempat..mcm sy guna je apa yg ada kat rumah..maklum la rumah taman..kwsn terhad.


4. Pembajaan sy hanya guna tahi ayam..sekali sekala sy siram air basuhan beras,mol kangkung,mol ikan..sy xguna baja ab@baja kimia.


5. Ok last part yg plg susah hati..part harvest sbb bila dah tgk rimbun gebu gebas jd syg ooo nak kutip..tu yg petik daunnya jer.

Hehehe selamat mcuba..ni cara sy ye..mana blh share kita share..tkurang blh tambah ye kawan2

IKLAN