“Cepatnya Besar, Nak Jadi Kakak Pula. Ibu Yang Emosi.” Kongsi Gambar Anak Dengan Suami, Luahan Siti Nurhaliza Undang Sebak!

Share

Momen paling indah bagi seorang wanita apabila bergelar ibu. Biarpun penat namun rasa syukur dan gembira apabila melihat si kecil membesar di hadapan mata.

Tatkala Tuhan kurniakan lagi cahaya mata , rasa syukur kian bertambah. Walaupun hadirnya ahli baru dalam keluarga, namun kasih sayang kepada anak sulung tidak berbelah bahagi.

Melihat anak sulung membesar di hadapan mata adakalanya membuai emosi si ibu. Demikian yang dirasai oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam perkongsiannya baru-baru ini.

Permata Negara dalam bidang seni ini yang sedang sarat mengandungkan anak kedua meluahkan rasa sebak tatkala melihat anak sulungnya kini kian membesar dan bakal bergelar kakak tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian tersebut, Siti Nurhaliza memuat naik sekeping gambar Aafiyah yang manis bertudung dan tampak bahagia di dalam pelukan si ayah.

Tak lama lagi anak ibu nak masuk 3 tahun dah .. cepatnya Aafiyah membesar .. Alhamdullillah, nak jadi kakak pula.. ibu yang emosi .. nanti nak throwback aafiyah masa baby la…siapa ibu yang macam saya ? Sila kongsi kat bawah

Perkongsian Siti Nurhaliza itu disokong oleh warganet. Rata-rata berkongsi rasa yang sama sebagai seorang ibu.

Cepat masa berlalu, rindu bau

madamelia85 Aafiyah sebaya anak saya Kakiti. Setiap kali ulangtahun rasa nak throwback gbr gbr dia masa baby, masa kita mngandungkan dia..Sweet sangat😍😍 #gengmakmak
wahidahdeeda anak kita sama baya 🥰 tak sangka anak no 2 kita pun sama baya jugakkk 😍😍😍 saya due bulan 3 nanti ❤️❤️ doakan saya
emma_razak ❤️❤️❤️..tgk gmbr anak time baby, rs cpt sgt ms berlalu. Rindu bau..
leyla_nor2 Kenangan yg tkleh lupa zaman2 ank masih baby
Rindu waktu baby
nurul_akmar Alhamdulillah.. ❤❤❤ haah sama.. Kejap je anak2 dah besar kan.. Anak knurul haziq yg sulung tgh SPM ni. Yg last dah darjah 4.. Kejap je masa berlalu. Rindu masa diorg baby.. 😍😍
ct_dessertcakes Kita sama kakiti @ctdk .. kalau boleh tak nak dia besar dgn cepat.. rinduuu waktu baby😢

Sumber: ctdk

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN