Cha Bang Ang, ‘Dessert’ Senang Nak Buat & Sangat Sedap Hasil Gabungan 3 Jenis Susu!

Share

Sebelum-sebelum ini pernah viral minuman atau menu pencuci mulut daripada negara Thailand, Cha Bang Ang. Jika dibeli harganya boleh tahan juga dan ada yang menjualnya RM15 untuk semangkuk kecil. Tapi jika anda menyediakan sendiri dengan bahan-bahan yang ringkas memang boleh berjimat sangat.

Disebabkan itu, bolehlah anda mencuba resipi yang dikongsikan oleh Maya Miera ini untuk kita dapat nikmati seisi keluarga.

Dessert Ala2 Cha Bang Ang.
Resepi:


1 cawan susu kotak full cream (Beli online di sini)
1 tin susu cair (Beli online di sini)
1 tin susu pekat (Beli online di sini)
1/2 peket biji selasih
1 tiub cincau
2 sudu besar air gula merah
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
Ais kiub secukupnya

Cara-caranya:
1. Masak susu cair,susu pekat,esen vanilla dan secubit garam..masak sekejap ja bagi suam-suam dan sebati.


2. Potong cincau
3. Rendam selasih


4. Satukan semua bahan dan sedia untuk dihidang.

Sedap rugi tak cuba

Sumber :  Maya Miera

 

ARTIKEL MENARIK: Puding Buih Berkuah Susu, Rasa Lemak Manis Begini Resipi Nak Buatnya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

IKLAN