Sedia maklum setiap sekolah menitik beratkan etika pemakaian dan kebersihan diri pelajar tidak kira jantina mahupun bangsa. Selalunya di sekolah selepas perhimpunan, kesalahan yang kerap pelajar buat adalah tidak potong kuku dan rambut panjang dengan alasan tak sempat atau sengaja simpan panjang rambutnya.

Dek kerana ramai sangat yang buat perangai tidak mahu potong rambut sebelum datang ke sekolah, seorang guru ini nekad untuk membeli sendiri mesin pemotong rambut khas buat pelajar kesayangannya.

Video yang tular itu dimuatnaik sendiri di aplikasi Tiktok miliknya, Idi Johan di mana dalam video itu kononnya cikgu tersebut ada membeli sesuatu yang istimewa untuk pelajarnya dan beliau membuat unboxing bungkusan tersebut di hadapan pelajar ketika perhimpunan pagi.

Cikgu ‘Unboxing’ Mesin Gunting Rambut Curi Perhatian Netizen – “Lelaki Je Tau Cemasnya Hadiah Cikgu Tu”

IKLAN

“Jadi pelajar-pelajar SMK Dato’ Mustaffa yang rasanya rambutnya tidak menepati piawaian atau standard pelajar sekolah, sila potong petang ini,’ ucapnya setelah selesai membuka bungkusan barangan yang berupa mesin pemotong rambut.

@idijohan_angklung_Beli barang online.. unboxing di rumah ❌.. unboxing di sekolah ✅

♬ original sound – Idi Johan

Meninjau di ruangan komen, orang ramai menakutkan pelajar sekolah tersebut dengan membuat pelbagai spekulasi tersendiri. Malah ada juga yang memuji tindakan guru tersebut demi mengajar pelajar untuk ikut peraturan yang tetapkan sekolah.

IKLAN

Cikgu ‘Unboxing’ Mesin Gunting Rambut Curi Perhatian Netizen – “Lelaki Je Tau Cemasnya Hadiah Cikgu Tu”

Cikgu ‘Unboxing’ Mesin Gunting Rambut Curi Perhatian Netizen – “Lelaki Je Tau Cemasnya Hadiah Cikgu Tu”

IKLAN

Sumber: @idijohan_angklung_

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!

Cikgu ‘Unboxing’ Mesin Gunting Rambut Curi Perhatian Netizen – “Lelaki Je Tau Cemasnya Hadiah Cikgu Tu”

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI