Cinta Selepas Kahwin Nikmatnya Sungguh Indah. Hanya Bertentang Mata 5 Kali Sebelum Bergelar Suami Isteri. Lelaki Ini Kongsi Aura.

Share

Cinta selepas kahwin lebih indah dinikmati berbanding cinta sebelum berkahwin. Malah cara ini lumrah ketika zaman nenek moyang kita dahulu. Buktinya memang dilihat apabila usia perkahwinan cecah sehingga puluhan tahun malah sehingga akhir hayat.

Namun, era kini, dilihat kadar penceraian makin meningkat dikalangan generasi moden. Adakah ia natijah cinta sebelum berkahwin yang menjadi trend generasi kini.

Sebagaimana perkongsian lelaki ini, Hilal Asyraf mengenai nikmat cinta selepas berkahwin, katanya banyak memberi manfaat kepadanya. Selain mengelak berlaku maksiat, beliau mengakui perkahwinannya bercinta selepas berkahwin punya aura sendiri.

Antara perkongsiannya, sebelum berkahwin mereka hanya menggunakan medium email untuk bertanya khabar namun bukan kerap dan hanya 5 kali sahaja bersua sebelum berkahwin!

Bagaimana pun, cinta selepas atau sebelum, setiap satunya punya pro dan kontra. Apapun dalam perkahwinan, persefahaman dan saling melengkapi antara satu sama lain. Ia adalah tunjang kebahagiaan rumah tangga.

Apapun,ikuti perkongsian menarik lelaki ini mengenai coretannya nikmat cinta selepas berkahwin.

 

SEBELUM SAH, PANGGIL ‘ENCIK HILAL’ AJE

.

BERSUA MATA SEBELUM KAHWIN TAK SAMPAI 5 KALI

BERTUNANG ADA CABARANNYA

CINTA SEJATI LAHIR SIKAP TANGGUNGJAWAB

Moga perkahwinan bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber: Twitter Hilal Asyraf

IKLAN