“Comel Berbaju Kurung…”-Mama Dr Amalina Pergi London Jumpa Cucu, Siap Jahitkan Baju!

Share

Umum mengetahui 2 minggu yang lalu Dr Nur Amalina Che Bakri, Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, selamat melahirkan puteri sulungnya yang dinamakan Arabella Mia. Nyata, wajah comel Arabella telah mendapat banyak pujian warganet sejak ia dikongsikan kepada umum.

Tidak dengan itu, apa yang menarik dan mencuri tumpuan warganet apabila di lihat Dr Amalina turut berkongsi momen bersiar-siar bersama puteri sulungnya meskipun baru beberapa hari sahaja bersalin.

Rupa-rupanya ada tip yang diamalkan oleh Dr Amalina dengan mempraktikkan gaya hidup sihat hingga dapat dilihat begitu bertenaga dan cantik penampilannya.

Terbaharu, perkongsian Dr Amalina di akaun instagramnya mendapat pujian ramai bila berkongsi beberapa keping gambar Arabella bersama mama Dr Amalina yang dipanggil Tok Ma sedang memangku cucu sulungnya.

Nampak berseri wajah Tok Ma, maklumlah mesti bahagia dan teruja dapat mendakap cucu sulung. Lebih-lebih lagi cucu kesayangan dipakaikan baju kurung yang dijahit khas olehnya sebelum berangkat ke London.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Nyata sungguh comel Bella digayakan begitu, persis anak patung!

Tulis Dr Amalina, Bella memakai sepasang baju kurung yang dibuat khas oleh Tak Ma.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian Dr Amalina ini telah mendapat puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan adalah seperti :

So adorable. 😍 salam to tok ma

Cantiknya baju kurung Bella!

Cantik grandma dan cucu

Cantiknya baju and look so comfy! 😍

Yeayyyy tokma dah sampai London… so cute Bella 😍😍

Bella is so lucky to have her Tokma! She’ll be super manja cucu tokma.

Alhamdulillah pandai TokMa jahit. Cantik sgt.

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

 

 

IKLAN