Comelnya! Madammu ‘Belanja’ Wajah Baby Kayden “Sangat Aktif & Suka Ketawa”

Share

Usahawan kosmetik terkenal, Madammu telah berkongsi wajah cahaya mata pertamanya yang dilahirkan tiga bulan lalu.

Menerusi perkongsian Instagram (IG), Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu memuat naik sekeping foto anak lelaki sulungnya, Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri.

“Hari ini genap umur saya 3 Bulan, berat badan saya hari ini 6.2 kg saya sangat aktif dan suka ketawa!

“Gambar ini khas untuk Aunties (pengikut) yang mengikuti perjalanan In Vitro Fertilization (IVF) Mummy saya dari awal sehingga berjaya.” tulisnya.

Dalam kesempatan itu, Madammu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada doktor, Dr Haris dan Dr Datuk Aziz yang banyak membantunya sepanjang proses IVF.

“Doakan Ahmad Kayden membesar dengan baik dan menjadi anak yang taat serta berjaya.” tambahnya.

Sekadar info, Madammu telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Azri pada 2015 yang memiliki tiga cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi hasil perkahwinan suaminya yang lalu.

Pada 9 Jun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur secara pembedahan.

Sumber: Instagram2

 

IKLAN