Confirm Jadi! Resipi Kuih Kaswi Pandan Guna Sukatan Cawan.

Share

Air tangan ibu mampu ikat kasih sayang keluarga. Tentu para ibu dan isteri sentiasa akan didorong untuk memasak agar dapat memberi kasih sayang dan membahagiakan keluarga.

Salah satunya memasak hidangan yang lazat untuk dihidangkan kepada keluarga menjamu selera.

Ia termasuk resipi membuat kuih. Tentu ada yang suka memilih resipi yang mudah. Melalui perkongsian yang dipaparkan oleh Zarina Ahmad Chin

yang berkongsi cara membuat kuih kaswi. Katanya resipinya itu juga diperolehi daripada sebuah perkongsian di laman Masak Apa Hari Ini.
Kepada penggemar kuih ini, boleh cuba cara puan ini.

KUIH KASWI PANDAN

Kuih kaswi@kasui pandan kategori menggediksss.
(100% guna air daun pandan. Tiada pewarna)

Bahan-bahan
2 cwn tpg gandum
1 cwn tpg ubi
1 cwn gula(sy kurangkn sikit sbb manis. Sukatan dlm 3/4cwn gula)
1 cwn air daun pandan
4 cwn air
Garam
Sedikit kapur makan(saya guna 1sudu plastik kfc)

Cara penyediaan

Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau bagi sebati. Sebelum tu sapu minyak ke dlm loyang supaya nti kuih xmelekat.
Masukkan adunan ke dalam loyang. Sebelum itu masak air hingga mendidih. Bila air dh mendidih brulh di kukus. Kukus hingga masak (lebih kurang 40min)…cucuk dgn lidi..klu xlekat d lidi tu dh masak kaswinya.

Dah siap!

Selamat menjamu selera.

IKLAN