“Copy Paste Muka Abang Dia, Comeynya Dia.” Eyra Hazali Kongsi Nama & Wajah Anak Lelaki Kedua

Share

Eyra Hazali dan suaminya, Muhammad Haziq Nadzli sepakat memilih nama anak lelaki kedua mereka dengan nama Muhammad Endra Haqimie.

Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya berserta gambar wajah si kecil Endra.

Bismillahirrahmanirrahim MasyaAllah. Kenalkan putera kedua kami, Muhammad Endra Haqimie 🤍

“Terima kasih atas ucapan dan doa,” tulis Eyra ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji Kecomelan anak kedua pasangan ini. Bahkan ramai mengakui wajah Endra seiras abangnya.

Untuk rekod, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish dan kini bahagia menerima kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Endra Haqimie.

IKLAN