“Covid-19, Sangat Bahaya Pada Wanita Mengandung.” Tular Penjelasan Pensyarah Perbidanan Dan Sakit Puan Tentang Kehamilan Arwah Siti Sarah.

Share

Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin bukan sahaja memberi kesedihan kepada semua peminatnya, namun telah membuka mata kepada semua pihak terutama ibu hamil kepentiangan vaksin.

Menerusi siaran LIVE semalam (9/8/2021) Shuib turut menjelaskan bahawa arwah Siti Sarah belum di vaksinkan.

Rentetan daripada itu, pada masa yang sama tular di twitter seorang pemilik akaun telah berkongsi pandangan seorang pensyarah Obstetrik & Ginekologi (O&G) atau juga dikenali sebagai Perbidanan Dan Sakit Puan, mengenai kes melibatkan arwahyarhamah Siti Sarah.

Tweet ini wanita ini telah mendapat perkongsian lebih dari 17 ribu dari pengguna twitter yang lain. Menurutnya, perkongsiannya adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepentingan vaksin kepada ibu hamil.

 

1. CSEC (bersalin secara pembedahan) langkah kecemasan dilakukan bukan kerana bimbang kepada janin, tetapi untuk mencabut plasenta kerana ia memerlukan 20% dari Cardioc Output (isipadu darah yang dipam oleh jantung dalam satu minit). Tujuannya adalah untuk mengurangkan tekanan kepada ibu dan menghasilkan Cardioc Output dengan berkesan. Alhamdulilah bayi selamat dilahirkan.

2. Covid sememangnya jadi paling teruk pada ibu mengandung kerana keadaan pembekuan darah tinggi. Dia mungkin mempunyai embolisme paru atau serangan jantung semasa tempoh koma. Oleh kerana tidak ada pengurusan yang pasti untuk Covid, prognosis covid pada kehamilan (tahap 3,4, & 5) biasanya paling teruk.

3. Tidak ada data yang menunjukkan dia (Siti Sarah) divaksin. Jadi jika boleh, sila nasihatkan semua ibu mengandung yang berusia di atas 14 minggu untuk mendapatkan vaksinasi secepat mungkin.

 

 

Moga menjadi iktibar buat kita semua untuk kekal menjaga SOP.

Sumber: Twitter Sofia (@nursofie_

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 

 

 

IKLAN