Cuba Buat Slime Ni Bersama Anak. Memang Cukup Syok!

Share

Permainan anak-anak sekarang ini memang unik dan pelbagai, dan salah satunya yang popular adalah dengan bermain slime. Mungkin ada di antara ibu-ibu belum mengenali apakah itu permainan yang dipanggil slime ini.

Ia sebenarnya adalah seperti lendir atau bahan  yang melekit  dan kenyal yang boleh dihasilkan dengan pelbagai warna yang menarik. Dikatakan kanak-kanak suka bermain slime ini kerana mereka merasakan permainan ini cukup menyeronokkan

.

Apa tidaknya dengan warna slime penuh warna warni, sudah cukup mampu menceriakan mereka dan secara tidak langsung ia sangat baik untuk perkembangan psikologi, meningkatkan daya tumpuan, kreatif, bijak mengekspresikan diri dan pelbagai lagi kebaikan lainnya. Malah kita sebagai orang dewasa juga bila dapat bermain dengan warna, akan dapat memberi terapi yang cukup istimewa. Hilang stress sekejap!

Untuk itu, jom kita lakukan aktiviti menghasilkan slime ini bersama anak-anak kita untuk mengisi waktu hujung minggu ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Amni Hafiffa ini.

[su_highlight background=”#efe9ea” color=”#6a1332″]Bahan-bahan yang diperlukan[/su_highlight]

Gam

Air

Sabun cecair (dynamo)

Pewarna

Minyak rambut

Bekas

[su_highlight background=”#efe9ea” color=”#6a1332″]Cara membuatnya :[/su_highlight]

  1. Masukkan gam ke dalam bekas.
  2. Kemudian masukkan sabun dynamo.
  3. Kemudian masukkan sedikit minyak.
  4. Masukkan pewarna dan kacau seketika.
  5. Masukkan air dan kacau lagi hingga sebati dan menjadi kenyal.

IKLAN