Cuci Barang Kemas Bersinar Macam Baru Beli, Tak Perlu Ke Kedai Emas, Guna Bahan Pencuci Pinggan Je.

Share

Pagi Syawal tentunya kita akan berpakaian cantik bagi meraikan Aidilfitri. Bukan sahaja bergaya dengan pakaian baru tapi dipadankan dengan barang kemas.

Namun, adakah barang kemas itu masih bersinar seperti mula-mula beli dulu.

Tak perlu, pergi ke kedai emas untuk meminta perkhidmatan cuci emas, hanya memggunakan bahan daripada dapur, emas kekal bersinar macam baru beli.

Ikuti perkongsian tip ini.

TIPS UNTUK SAHABAT EMAS, CARA CUCI BARANG KEMAS SESIMPLE ABC
Korang nak barang kemas lama jadi seperti baru? Boleh cuba kaedah ni, mudah dan jimat sangat.
– Jimat Masa
-Jimat Parking
– Jimat Duit Minyak Kereta
– Jimat Duit upah cuci

Bahannya:
– Air panas satu gelas
– Sedikit pencuci pinggan sunlight atau glo
– Barang kemas


Caranya:
Masukkan glo dalam gelas yang berisi air panas. Kemudian masukkan barang kemas dan kacau. Kita suka biarkan bermalam sebab nanti segala daki-daki akan tertanggal sendiri.
Korang cubalah, jimat tau . Hasilnya memang bersinar.

Mengunakan petua yang sama, sebagaimana yang dikongsikan oleh puan Mielia Emielia yang mengatakan hasilnya memang bersinar.

setuju sis.sy pon buat jgk mggu lps,mmg menjadi.keluar segala daki sebelh bawah tu lepas tu shining mcm baru.”

 

WARGANET KONGSI PETUA, GUNA BERUS GIGI

Dalam pada itu, warganet turut berkongsi dengan menggunakan petua lain. Hasilnya memang menjadi lebih bersinar macam baru.

 

Wow! Hasil yang memang nampak baru. Semoga bermanfaat.

Sumber: Mas Ayu Ghani

 

 

IKLAN