Hubungan

Dah Lama Impikan Klinik Gigi Sendiri, Nubhan Buat Kejutan Hadiahkan Untuk Isteri. ‘Mungkin Rezeki Baby Baru ni’!

Share

Bahagia tak terkira kan apabila impian kita menjadi kenyataan? Bertambah seronoknya apabila impian itu direalisasikan oleh orang yang tersayang, iaitu suami tercinta!

Itulah yang dibuat oleh penyanyi dan pelakon, Nubhan yang membuat kejutan untuk isterinya dengan menghadiahkan sebuah klinik gigi sendiri.

“Alhamdulillah… impian isteri saya @drfietawfek dah tercapai! Dia nak sangat klinik gigi sendiri… mungkin rezeki baby baru ni 😆”,

katanya dalam posting di instagram

Tambahnya, sebagai suami, dia akan sentiasa menjadi tulang belakang depan kiri dan kanan isterinya dan merealisasikan impian orang tersayang adalah satu kebahagiaan buatnya.

Kejutan yang dibuat juga mendapat sokongan dari rakan-rakan yang datang memeriahkan lagi suasana termasuklah penyanyi yang berduet bersama Nubhan dalam lagu Sekali Lagi  iaitu Siti Nordiana.

kejutan TERBESAR utk wife sempena melahirkan baby ke 3🌹❤️ 🎉🎉🎉

Akhirnya impian isteri saya nak ada klinik gigi sendiri tercapai 🤲🏻

saya rasa saya suami yang berguna bila dapat tunaikan impian isteri😂

 Terdahulu, Afifah Tawfek nekad dengan keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai dooktor gigi untuk menjadi surirumah sepenuh masa.

Nubhan dan Afifah berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan telah dikurnakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aafan dan Afzan.

Sumber : instagram Nubhan Ahamad

IKLAN