“Dah Lama Sangat Nak Pergi Umrah.” Eina Azman Bawa Keluarga & Bibik Tunai Umrah

Share

Bergelar majikan tidak bermakna anda tidak boleh bergaul dan berbuat baik dengan orang bawahan. Bagi selebriti yang sorang ni, rupa-rupanya sangat prihatin dan baik dengan pembantu rumahnya.

Datin Paduka Eina Azman semalam memuat naik perkongsian menunaikan umrah di tanah suci Makkah bersama seluruh ahli keluarganya. Malah, dia juga turut membawa bersama bibik mengerjakan umrah.

Dengan penuh rasa syukur, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 24, berkongsi momen tersebut menerusi Instagram (IG) miliknya.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah tahun ini ada rezeki lebih untuk pergi ke umrah bersama keluarga. Bersama suami, Abu, mummy, kakak, anak-anak dan bibik Mega untuk menunaikan ibadah umrah.

“Dah lama sangat nak pergi ke umrah. Alhamdulillah hari ni dapat pergi bawa mummy dan abu Eina. Doakan kami semua mendapat umrah yang mabrur,” kongsinya menerusi kapsyen.

Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti dan warganet mendoakan semoga urusan Eina dan keluarganya dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur.

 

IKLAN