“Dah Mula Rasa Tak Suka Dapur.” Fasha Sandha Muat Naik Kapsyen Beri Bayangan Tengah Hamil

Share

Tanda tanya pelakon cantik manis ini berbadan dua bermula apabila melihat perubahan bentuk badannya apabila kelihatan baby bump.

Namun, empunya diri masih berdiam dan enggan berkongsi cerita. Mungkin kerana keguguran yang lalu menyebabkan pelakon, Fasha Sandha mengambil langkah enggan berkongsi lebih awal.

Namun, perkongsiannya di laman instagram menguatkan andaian  netizen apatah lagi tulisannya seolah-olah memberitahu yang dia kini sedang mengalami alahan.

Cuaca tak berapa ok, ibu pun tak berapa sihat, balik dari kerja hanya sempat buat Nasi goreng paling malas Di abad ini pada famili.

 

Terimalah je lah seadanya.. Saya dah mula berasa tak suka dapur… Help….. Insyaallah akan Cuba lawan perasaan ini… Demi keluarga #taksempurnabyfashasandha

Terbaru Fasha memuat naik gambar bersama suami dan anak-anak dengan kapsyen yang menguatkan lagi dirinya sedang berbadan dua.

Rata-rata yang membaca perkongsian tersebut mengucapkan tahniah selain memintanya untuk berhati-hati serta banyakkan berehat.

syerilifzal Wah … rezeki akk .. tahniah akak ..tahniah akk …!! Senyum 1 kli akk …🤗🤗🤗🤗🤗🤗🌹

mawar_qadeejah Semoga dipermudahkan urusan selama pregnant sehingga melahirkan .aamiin❤️

zalilahmohdali Jangan buat kerja berat2 walaupun kita rasa kita mampu lakukan.

nbcreamparutjerawat Yeyyyy. Alhamdullilah. Taklama lagi mommy to be @fashasandha Congrates dear. Sooo happy to see you soon. ❤️

reds_corner_section_13 Alhamdulillah..take care..jgn lasak2 sgt tau

Sumber: IG fashasandha

IKLAN