Pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sah bergelar suami kepada pesonaliti televisyen Alhijrah, Hana Ismail di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur, jam 11.40 pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua pasangan selebriti itu diijabkabulkan oleh bapa pegantin perempuan, Ismail Dahwan dengan mas kahwinnya seutas gelang emas dengan sekali lafaz.

Sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tiada sebarang pertukaran dulang hantaran kerana kedua-dua belah pihak sudah bersetuju dalam perbuncangan pertunangan sebelum ini.

IKLAN

Dai Syed, Hana Ismail Sah Bergelar Suami Isteri! Terima Mas Kahwin Gelang Emas

IKLAN

Sebelum ini, khabar mengenai pertunangan mereka telah dikongsikan pelakon, Datin Umie Aida di Instagramnya dan dihujani dengan ucapan tahniah serta doa supaya urusan mereka dipermudahkan.

IKLAN

Namun begitu, jelas Syed, majlis merisik dan pertunangan tersebut sebenarnya dilakukan pada 23 Oktober tempoh hari namun baru sekarang mereka bersedia untuk memaklumkan kepada umum memandangkan majlis pernikahan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sumber: YouTube @Dai Syed

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI