Dari Biar Durian Frozen Terperuk Dalam Peti, Baik Jadikan Aiskrim. Sekelip Mata Confirm Habis!

Share

Siapa ada lagi stok durian frozen kat rumah? DUlu simpan acah-acah kalau teringin baru nak makan. Tapi sampai sekarang tak terusik!

Haa apa kata transform jadi aiskrim resipi dari Fafae Mimie , confirm cepat habis! Tak perlu beli dah aiskrim kat luar tu kalau craving sangat nak makan!

Musim durian kan..marilah buat aiskrim durian.

Homemade Aiskrim Durian

Durian 10-15 ulas
1 tin susu sejat
3 sudu susu pekat
1 sudu besar ovalet

  1. Blend semua kecuali durian.

2. Bila dah kembang, masuk durian, blend lagi sekali.

3. Masuk dalam bekas dan bekukan.

4. Siappp!

IKLAN