“Dari Muka Suami, Isteri Hingga Anak Sama Je.” Bawa Anak Balik Korea, Perkongsian Jehan Miskin Raih Perhatian!

Share

Lama tidak melihat kelibat pelakon Jehan Miskin usai mendirikan rumahtangga bersama seorang wanita Korea Julie Camelia Rhee.

Tujuh tahun pasangan ini menanti kehadiran zuriat, akhirnya ternoktah usai lahirnya cahaya mata sulung mereka, Axel Nova Rhee selamat dilahirkan.

Dalam temubual bersama Sinar plus, sebelum ini, dia  mengakui lebih selesa dengan kerja-kerja belakang tabir dan menumpukan perhatian kepada syarikat pengiklanan miliknya, Mastermind Group Sdn Bhd.

Terbaru, dalam perkongsian di laman instagramnya, Jehan Miskin memuatnaik wajah terbaru baby Axel yang kini sudah 15 bulan usianya dan membesar dengan sihat.

Rupa-rupanya pasangan ini membawa Axel pulang ke Korea untuk bertemu dengan keluarga isterinya.

Menerusi kapsyennya, jelas Jehan setelah sekian lama inilah pertama kali anaknya akan menjejakkan kaki ke kampung halaman ibunya memandangkan sebelum ini berlakunya sekatan perjalanan dek Pandemik Covid-19.

Justeru, selepas pelepasan diberikan membuatkan pasangan ini tidak melepaskan peluang untuk pulang ke Korea. Pastinya keluarga sebelah sana juga rindu dan tak sabar untuk melihat cucu mereka buat pertama kalinya kan.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Lebih-lebih lagi wajah si kecil Axel yang berkulit putih dan bermata sepet  membuatkan ramai yang geram.

Bahkan, ramai yang memuji ketiga-tiganya nampak seiras sahaja wajahnya. Bak kata peminat, dari mak ayah ke anak, serupa copy paste semua. Comel kan!

asniseth52 Apasal sume muka mcm sama ni 😁😁😁
wongchi_1508 Dari muka suami sampai muka isteri hingga muka anak sama❤️❤️❤️semoga selalu dalam lindungan allah aamiin3
hanummarykay Lahhhh sama muka dr pak mak ank 😍😍 smoga kekal bhgia till jannah..amin
amran_nasrudin Wow baby yang comel tu… jehan. Semoga bahagia hingga ke jannah
watieallie82 Ya Allah…comel sungguh la!Takde muka melayu dah ni..Korean boy terus
sitikhatijahwahab Muko serupa tiga. beranok….

 

Sumber: jehan_miskin


ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN